MENGAPA MLM MENJADI PILIHAN?


TENTU ada sebab mengapa MLM semakin menjadi pilihan. Pada abad 21 ini, kerjaya dalam perniagaan MLM semakin diminati. Mengapa? Satu soalan yang menarik.

Mengapa kita melakukan sesuatu? Dalam pergerakan hidup kita setiapn hari kita sering melupakan pertanyaan mengapa kerana sudah terlalu kerap melakukan. Pernahkah anda bertanya, “Mengapa saya makan?” “Mengapa saya gosok gigi?” “Mengapa anak saya menangis?” Bila telah menjadi amalan, perkataan mengapa sudah sebati, dan tidak diendahkan lagi.

Begitulah juga dengan industri MLM. Ramai yang menceburinya tanpa perlu bertanya ‘mengapa’? Adakah ini pertanda menunjukkan bahawa MLM sudah sebati dengan rakyat Malaysia? Yang pasti kita sudah sebati ‘mendengar’ tentang MLM.

Suatu hari, billionair hantanah Donald Trump ditanya, “Jika ada peluang sekali lagi untuk memulakan, apa yang akan anda lakukan?” Donald menjawab ringkas, “Saya memilih MLM.” Tebtu ada sebabmengapa seorang billionair yang telah lama berniaga berkata begitu. Mengapa beliau lebih memilih MLM berbanding perniagaan lain?

Pertanyaan ‘Mengapa’ ini membuka pintu hati untuk menyertai dan bergiat di dalam MLM. Kita akan analisa satu persatu mengapa kita menjadikan MLM sebagai karier kita.

Berada di dalam gelombang

Berdayung menentang arus adalah perkara yang susah. Jika ada peluang untuk tidak menentang arus, mengapa tidak kita gunakan peluang itu? Jika ada peluang yang lebih baik, mengapa tidak kita menceburi peluang itu.

Dunia perniagaan kita telah mengalami berbagai-bagai gelombang(wave). Bermula dari system ‘Barter’, hinggalah kepada francais. Abad 21 adalah giliran untuk gelombang baru iaitu MLM. Dikatakan bahawa industri MLM akan menguasai gelombang baru ini. ini kerana ia agak unik di mana pengguna sekaligus boleh menjadi usahawan.

Jika kita mengikuti arus gelombang itu, atau berada di dalam gelombang itu, sesungguhnya perjalanan perniagaan kita lebih mudah. Kalau kita berada di tepi gelombang, memanglah agak sukar kerana kita menentang arus.


Mengikut jangkaan, setelah meneliti suasana kehidupan, ekonomi dan perubahan-perubahan, dijangka system pemasaran untuk produk-produk, walaupun tidak semua tetapi sebahagiaannya akan dipasarkan melalui system MLM. Ini Cuma jangkaan, tetapi ‘bunga-bunganya’ sudah ada.

Segera ambil kesempatan ini. sentiasa ingat, perjalanan kita lebih berjalan lancar jika berada di dalam gelombang berbanding berada di luar gelombang.

5 DALAM 100

mengikut kajian Universiti Yale selama 30 tahun, hanya ada 5 orang sahaja yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dalam setiap 100 orang. Hanya 5 % sahaja. Memeranjatkan? Tidak, kerana kebenarannya ada di depan mata kita setiap hari.

Selama 30 tahun universiti tersebut membuat kajian terhadap 100 orang pemuda yang berumur 25 tahun. Mereka baru mula bekerja dan sehinggalah mereka berumur 55 tahun, inilah keputusannya.
.
1 sangat kaya
4 Ekonomi berdikari
5 Masih bekerja
27 Mati
63 bangkai bernyawa

Pada setiap 100 orang hanya ada satu orang yang sangat kaya dan 4 orang yang berdikari dari segi ekonomi. Lihat sekeliling anda, bukankah benar kajian itu? Jadi, di mana kedudukan anda berdasarkan kajian tersebut? Tidak cukupkah kemudahan dan peluang yang tersedia disekeliling anda. Jawapannya hanya satu iaitu sama ada mahu atau tidak mahu. Itu saja.

Di mana anda sekarang? Adakah anda akan terus tetap di situ? Tidak mungkin kerana dunia ini sentiasa bergerak. Oleh kerana tidak mungkin tetap di situ, maka pilihan anda hanya ada 1 sahaja- dalam hidup ini sama ada anda akan naik atau turun. Itu saja. Jika naik, anda akan menjadi 1 atau 4 dalam 100. jika turun anda akan menjadi 95 dalam 100.

IBARAT MATAHARI

Hamper semua orang mahu menjadi kategori manusia 1 dalam 100 aatau 4 dalam 100. tapi apa yang harus di buat supaya kehidupan akan datang lebih baik dari hari ini?

Saya memilih MLM kerana bagi saya, perniagaan MLM ibarat ‘Matahari Terbit’ berbanding bidang lain. Peningkatan pendapatan mengikut peningkatan umur. Ini buktinya:

Matahari mendatar:

Pada permulaan kerjaya memang ada peningkatan gaji. Bila telah sampai gaji maksima, tidak ada sebarang peningkatan pendapatan sehinggalah pencen. Sesudah pencen, pendapatan pula semakin berkurangan. Selalunya bidang ini ialah bidang pekerjaan 9 pagi – 5 petang.

Matahari terbenam:

Pada permulaannya, semasa masih bertenaga, popular, muda, memang bidang ini memberikan pendapatan yang lumayan. Pada masa ini, memang boleh buat duit habis-habisan. Sampai satu peringkat, bila tenaga, popularity, kemudaan sudah habis, pendapatan pun habis. Selalunya, pemandu teksi, penyanyi, pelakon, bintang sukan, orang-orang yang bekerja menggunakan tenaga terbukti mengalami keadaan seperti ini.

Matahari tak menentu:

Perniagaan lain selain dari MLM dikategorikan sebagai ‘Matahari tak menentu’. Kadang-kadang untung, kadang rugi, kadang-kadang bankrupt. Sangat memerlukan modal yang besar, pengetahuan, pengalaman, politik, pengaruh dan lain-lain. Pelaburannya besar tetapi hasilnya tak menentu. Kadang-kadang lain yang dijangkakan, lain pula hasilnya.

Matahari terbit:

Dikatakan sebagai sIstem baru di dunia perniagaan. Tidak memerlukan modal yang besar, tidak ada sebarang risiko atau risikonya sangat rendah, tak perlukan pengalaman asalkan mahu belajar – hasilnya sangat hebat berbanding pelaburannya. Bila menjalankan perniagaan ini dengan kesungguhan pada peringkat permulaan sehingga stabil, hasilnya semakin banyak bila usia semakin meningkat. Tidak ada satu pun bidang lain yang boleh dikategorikan sebagai ‘Matahari Terbit’ selain bidang MLM.

FORMULA (M X T = H)

Kita mesti mengakui dan menerima hakikat bahawa hidup di atas muka bumi ini hanya sekali. Kita menjalani hidup di dalam masa. Dalam masa yang tersedia itulah kita menjalani hidup. Hidup sekali, mestilah kita mengusahakan supaya mendapat hasil yang terbaik.

Dan untuk mendapat hasil yang terbaik itu, kita telah mempunyai kemudahan yang telah lama tersedia iaitu – masa dan tenaga.Tetapi, masa kita terhad dan tenaga kita juga terhad. Dari sini, terciptalah formula yang telah digunakan oleh orang-orang yang berjaya dan kaya. Formulanya ialah: M X T = H (Masa X Tenaga = Hasil).

M X T = H

Contoh masa kita hanya 1 jam, dan tenaga kita hanya sedikit sahaja, maka pasti hasilnya adalah sedikit juga. Kalau masa kita banyak, usaha (tenaga) kita lebih, maka hasilnya memang lebih.

Apa kita nak lakukan? Kalau benar kita mahukan hasil yang hebat, semestinya kita menggandakan masa dan tenaga.

Dalam mana-mana perniagaan yang besar seperti sector perkilangan, anda akan menemui formula ini, kerana itulah pemilik sesebuah kilang itu kaya raya. Katalah seorang tauke kilang mempunyai 1,000 orang pekerja; setiap pekerja menyumbangkan 8 jam sehari. Secara otomatik, yang empunya kilang itu memperolehi masa sebanyak 8,000 jam sehari. Seterusnya, jika setiap pekerja yang digaji itu menyumbang tenaga yang bernilai RM5 sejam, tauke kilang itu memperolehi RM40,000 sehari.

Adakah ini mempergunakan? Tidak sama sekali kerana setiap pekerja nampaknya dengan rela hati bekerja di kilang tersebut. Tidak ada paksaan. Rungutan memang ada tetapi paksaan tidak ada. Pada bila-bila masa pekerja itu boleh berhenti; tidak ada sebarang ikatan. Cuma di sini, pekerja tersebut memang tidak ada peluang untuk menjadi seperti tauke tersebut.

Mampukah anda menjadi seperti tauke kilang itu? Di dalam MLM, anda mampu. Caranya berbeza tetapi prinsipnya sama. Jika tajaan anda berjumlah 2,000 orang, maka anda mempunyai 2,000 jam sehari. Katalah seorang hanya menyumbang RM1 sehari, anda memperolehi RM 2,000 sehari. Kalau hanya 50 sen sehari, anda memperolehi RM1,000 sehari. Adakah anda mempergunakan mereka? Tidak, kerana mereka juga memperolehi faedah dari menyertai MLM. Mereka mendapat bahagian masing-masing berdasarkan M X T= H. bukan bahagian mereka yang diambil tetapi anda dibayar oleh syarikat MLM.

Apa yang lebih menarik, setiap orang berhak menjadi seperti anda – bahkan mereka digalakkan supaya lebih dari anda. Tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak seperti tauke kilang, tetap formula M X T= H boleh dilaksanakan di dalam MLM.

Inilah salah satu sebab mengapa MLM menjadi pilihan anda. Bila semua orang mengetahui rahsia dan potensi MLM, ia bukan lagi menjadi alternative, sebaliknya sebagai pilihan utama.

Pendapatan berterusan

Perniagaan MLM boleh memberikan anda pendapatan yang berterusan. Tetapi dengan syarat. Syaratnya, anda mestilah mengusahakan perniagaan ini dengan penuh kesungguhan, sepenuh hati, sehingga ia stabil. Jika sesuatu terjadi kepada anda – anda tidak mampu lagi berusaha, pendapatan yang anda perolehi berterusan. Bahkan semakin bertambah.

Di sini, anda sama sekali dilarang untuk ‘goyang kaki’. Oleh kerana ia profesion seumur hidup, selagi anda terdaya, anda akan terus mengusahakannya. Memang sifat semulajadi manusia ialah mahu sentiasa bekerja. Soalnya bila tenaga anda telah berkurangan, anda boleh melakukan kerja yang agak ringan tetapi tersedia pendapatan yang berat. Sistem begitu hanya akan anda perolehi di dalam MLM. Jangan sekali-kali lupa syarat utamanya iaitu mengusahakan sepenuh daya dan tenaga perniagaan anda pada permulaannya.

Selain dari itu, tiba masa untuk anda bersara, perniagaan anda boleh boleh diwariskan kepada keturunan anda. Sampai masa keturunan anda bersara, perniagaan ini boleh diteruskan oleh keturunannya (cucu atau cicit anda), pendek kata, perniagaan ini berlanjutan.

Bagaimana dengan kerjaya lain? Seperti cerita anda seorang doctor yang mahu mengambil tempat ayahnya. Anaknya tidak mempunyai kelulusan bidang kedoktoran tiba-tiba bertanya, “Saya menggantikan ayah saya. Mana pendapatan ayah saya yang puluh-puluh ribu setiap bulan?”

Bagaiman dengan perniagaan lain? Perniagaan yang kukuh, besar, teguh, memang boleh diwariskan. Soalnya, adakah anda mempunyai peluang tersebut? Di dalam MLM, peluang untuk membina perniagaan yang besar kukuh sentiasa terbuka luas. Setelah lebih 50 tahun MLM di dunia, ia masih dikategorikan sebagai ‘remaja’ lagi. Belum tua. Peluangnya masih terlalu luas.

Untuk mengaitkan fakta warisan dan pendapatan berterusan, renungi kisah benar ini: seorang wanita bujang yang mengusahakan perniagaan di dalam syarikat MLM ‘X’ telah mati akibat kanser. Keluarganya menyangka, bila telah mati, berakhirlah pendapatan yang diperolehi selama ini. apa yang peliknya, keluarga simati tadi dihubungi oleh pihak syarikat, dikehendaki mendaftar menjadi ahli dan meneruskan perniagaan si mati. Lebih tepat lagi, hanya perlu menyambung perniagaan si mati. Pendapatan si mati yang lumayan secara otomatik berterusan dan dapat dinikmati oleh warisnya. Sebagaimana yang dikatakan, walaupun telah tiada di dunia ini, pendapatan bulanan si mati semakin bertambah, semakin besar dan ‘berat’.

Itulah keajaiban MLM. Akan hanya anda temui jika anda berusaha keras, penuh kesungguhan untuk melihat hasilnya. Usaha main-main, hasilnya juga main-main.

INDUSTRI TERATAS

Dikatakan bahawa MLM melahirkan lebih ramai jutawan berbanding industri lain. Sejauh mana kebenarannya? Setelah dibuat kajian, bolehlah disahkan, MLM merupakan industri teratas.
Ia telah mengatasi industri lain seperti industri hartanah, francais, IT (Teknologi Maklumat), insurans, dan lain-lain lagi.

Di sini bukan maksudnya industri MLM itu terbaik. Bukan juga untuk mengagung-agungkan MLM. Apa yang dimaksudkan di sini ialah peluang untuk individu. Peluang untuk menjadi jutawan atau stabil di dalam MLM terbuka luas. Setiap orang berpeluang. Tetapi di dalam industri lain, peluangnya teramat nipis, bahkan hamper tidak ada. Yang ada hanyalah system monopoli.

MODAL, RISIKO, PULANGAN

Bolehkah anda beritahu saya sejenis perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal yang kecil tetapi pulangannya hebat?

Sepanjang yang saya tahu, jika modalnya kecil, pulangannya juga kecil. Atau jika modalnya kecil, keuntungannya itu di’lipat’ beberapa kali, untuk jangkamasa panjang, akhirnya boleh menghasilkan pulangan yang besar. Tapi ingat, ia memakan masa. Kadang-kadang daya tahan berkurangan. Tidak dapat bertahan dengan ‘tendang terajang’ dalam perniagaan. Tidak tahan di ‘himpit’ oleh perniagaan yang lebih besar.

Kita lihat pula perbezaannya di dalam MLM. Ia memerlukan modal kerana ia perniagaan. Tetapi modalnya adalah kecil berbanding perniagaan lain. Bermula dengan modal yang kecil, kemudian menggunakan formula ( M X T =H), di mana setiap tajaan yang bergiat mengeluarkan modal masing-masing, akhirnya anda akan mendapat pulangan yang hebat jika dibandingkan dengan modal permulaan. Bahkan lebih memeranjatkan, hasilnya boleh anda lihat dan rasai dengan cepat, berbandsing dengan perniagaan lain.

Pembesaran perniagaan juga menjadi lebih cepat tanpa anda mengeluarkan modal yang lebih untuk pembesaran kerana setiap tajaan akan mengeluarkan modal masing-masing yang juga kecil. Modal yang kecil ini dihimpun menjadi modal yang lebih besar.

Dari segi risiko, anda telah tahu memang sangat nipis atau tidak ada langsung. Anda tidak perlu menyimpan stok kerana pergerakan produk di dalam MLM adalah pantas. Jika tidak pantas, dengan usaha, anda boleh menjadikannya pantas bergerak.

Jika anda dapat merasakan adanya risiko di dalam perniagaan MLM, tanyakan kepada diri sendiri soalan ini. ‘Apa perkara paling buruk boleh berlakui kepada saya jika saya bergiat di dalam MLM?” adakah anda memperolehi jawapannya.?

KHAZANAH YANG TERSEDIA

Tanpa perlu bersusah-payah mencarinya, apa yang telah anda kehendaki telah tersedia. Ada khazanah di dalam MLM –tersedia untuk semua orang yang mahu mendapatkannya.

Apakah jenis khazanah yang tersedia untuk anda? Ia bergantung kepada ayang anda mahukan. Anda mahukan wang? Tersedia wang banyak di dalam MLM. Hanya perlu mengusahakannya untuk mendapatkannya. Nama? Nama anda akan menjadi sebut-sebutan, dikenali, kata-kata anda akan dihargai bila anda telah menunjukkan kejayaan di dalam MLM. Persahabatan, persaudaraan? Telah tersedia. Hubungan antara anda dengan tajaan-tajaan adalah lebih dari hubungan perniagaan. Ia seperti hubungan persahabatan dan persaudaraan.

Jadi, jika anda mahu mendapatkan khazanah, sebahagiaan atau kesemuanya, anda boleh menemuinya di dalam MLM. Lebih menguntungkan anda, ia telah tersedia, hanya perlu mendapatkannya. Mencari lebih sukar daripada mendapatkan.

Bagaimanapun, nasihat saya, MLM adalah dalam bentuk pakej. Ia tidak akan menjadi khazanah yang berharga jika anda mahukan sebahagian sahaja. Wang, nama, persaudaraan mesti diperolehi serentak. Jika anda hanya mahukan satu sahaja dan meninggalkan khazanah yang lain, perniagaan anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Ramai yang hanya mahukan wang di dalam MLM. Benar wang adalah penting tetapi jika ia dijadikan tarikan utama, khazanah utama di dalam MLM, perniagaan akan hancur. Sekali lagi, nasihat saya – tak perlulah mengejar wang di dalam MLM. Ia telah tersedia. Kita sebaliknya mestilah mengejar kualiti. Dengan mengutamakan kualiti dalam setiap urusan perniagaan MLM, anda akan menemui khazanah wang di dalam MLM.

ADANYA KEADILAN

Semua orang yang menyertai MLM bermula dari peringkat yang sama iaitu peringkat paling bawah. Bukankah itu adil namanya? Tanpa mengira siapa anda, kedudukan, pengaruh, politik, tetap anda bermula dari peringkat paling bawah.

Bermakna setiap orang mendapat peluang yang sama untuk sampai ke atas kerana semua orang bermula dari bawah. Bukankah itu adil namanya?

Adil seterusnya bermaksud, antara anda dengan syarikat MLM adalah sama-sama menang dan saling memerlukan. Tidak ada monopoli. Ini berbeza dengan karier lain di mana kadang-kadang bahkan selalunya, kita kalah dan majikan kita menang. Majikan mesti lebih dari pekerja. Itu tidak adil namanya.

ANDA MENENTUKAN ‘NYAWA SENDIRI

Ini tidak terdapat dalam karier lain selain dari perniagaan. Dalam karier lain, gaji, pergerakan, kreativiti, nama anda ditentukan oleh pihak majikan.

Di dalam MLM, anda adalah seperti kontraktor bebas. Bebas mencorakkan bentuk bangunan anda – berapa besar, berapa tinggi, berapa banyak bangunan yang anda bina adalah hak anda sendiri, asalkan tidak melanggar undang-undang.

Dan juga, di dalam perniagaan lain, saiz perniagaan anda mungkin menghadapi kesukaran untuk berkembang.. ia bergantung sepenuhnya kepada pasaran, tenaga pekerja, pengaruh, modal dan sedikit sebanyak politik. Tetapi ini berbeza di dalam MLM – anda hanya perlu menaja ‘kontraktor bebas’ yang lain untuk melihat sendiri perkembangan perniagaan anda yang kadang-kadang begitu laju sekali. Dalam perniagaan tradisi seperti kedai runcit dan restoran, pelanggan-pelanggannya setempat.

Jika mahukan pelanggan di tempat lain, perlu membuka satu lagi kedai di tempat lain. Tentunya ini berbeza dengan perniagaan MLM di mana misalnya anda di Klang tetapi ‘cawangan’ (tajaan)’ anda di Terengganu atau di Indonesia. Ia merebak dengan sendirinya. Walaupun misalnya tajaan anda pada permulaan hanya ada 6 orang iaitu jiran-jiran anda, ia ‘merebak’ ke seluruh negara, kadang-kadang tanpa pengetahuan anda sendiri. Bolehkah perniagaan biasa selain dari MLM terjadi begitu?
______________________________
Sumber: http://www.parttime2u.com/e_majalah/april06/e_pt2u_pilihan.php.