ANTARA DUA JALAN HIDUP



Salam pembuka bicara. Petang tadi sempat menyaksikan sebuah filem hindustan "Dilwale dulhania le jayengge". Kisah perjuangan Raj (shahrukh khan) untuk mendapatkan cinta hatinya Simran (Kajol). Berbagai dugaan ditempuhinya, namun dia tak pernah mengalah.

Malah suatu hari tu, Simran mengajak dia lari saja. Namun dia tetap berkeras untuk bawa/ dapatkan Simran dengan cara yang betul. Kemudian sekali lagi dugaan datang, kali ini daripada ibu Simran sendiri yang merelakan meminta agar Raj membawa lari anaknya demi kebahagiaan anaknya, Simran. Ketika itulah keluar kata2 yang menarik dari mulut Raj, yang telah menyentuh hati ku.


Katanya, ibunya yang telah meninggal dunia semasa dia masih kecil, pernah berpesan padanya. Dalam hidup kita ada dua jalan. Ingatlah sampai bila2. Satu jalan baik dan satu lagi jalan jahat. Jalan jahat sangat mudah untuk diikuti kerana jalan kejahatan sentiasa menarik kita.

Manakala jalan baik pula selalunya agak sukar. Banyak rintangan yang perlu dilalui. Jika kita usaha bersungguh2 akhirnya kita akan mencapai juga kemenangan itu. Hanya perlu merempuhi halangan dan dugaan itu sahaja. Biasanya setiap yang diperolehi selepas itu akan lebih indah.

Jika hasil yang diperolehi melalui jalan jahat kebiasaannya hanya sementara. Keindahan itu juga tidak seindah hasil melalui jalan kebaikkan.


Katanya lagi jika saya dapatkan Simran dengan membawa dia lari malam ini. Maka Simran takkan dapat jumpa dengan ibunya lagi. Jadi saya menang untuk dapatkan Simran sekarang tapi gagal untuk jangkamasa yang lama.

Begitulah yang sempat saya saksikan dalam filem itu. Saya tengok pun sambil2 je. Sambil menyelesaikan kerja saya kat jitra petang tadi. Ambillah kisah ini sebagai makanan minda dan jiwa. Jika kita fikir baik maka kita akan dapat baik. Jika kita fikir tak baik, maka tak baik jugalah yang kita dapat.

Think positive.