KESIBUKAN PENGHALANG UNTUK HIDUP SENANG


"Aku sibuk, aku takda masa", tu yang selalu kita dengar, antara alasan orang biasa2.

Malam tadi aku sempat jumpa seorang rakan niaga aku, membincangkan halatuju bisnes kami. Kebetulan semalam ada kenduri di rumah mak sedara dia. Jadi sempatlah juga dia berkongsi bisnes kami dengan beberapa orang sepupu dia. Mereka memang terpegunlah mendengar rakan aku bagi penerangan. Pembangunan diri dia amat ketara. Inilah antara perubahan dan hasil dia dapat dalam bisnes ni. Bukan duit semata-mata.

"Aku minat dan seronok dengar penerangan kau ni, tapi aku takda masa, itu masalahnya". Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah ungkapan yang boleh diucapkan oleh dia (rakan niaga aku tu) dalam hatinya.

Tahniah, kerana menjadikan kesibukan harian kamu semua sebagai kunci yang menghalang kamu untuk berjaya. "Wah sibuk sungguh kamu semua ya. Ada tak sibuk macam aku? Pagi masuk kem ambil kawad peserta kursus, petang sampai malam kadang2 kena duty, kalau takda duty, balik rumah kena buat kertas exam peserta kursus pula, kadang2 sampai tak sempat makan, tak sempat tidur. Kau orang sempat makan, sempat tidur tak?", kata rakan niaga aku seorang staf unit beruniform.


"Kalau kita layan sibuk tu sampai bila pun kita takkan berubah hidup. Dalam bisnes ni kita hanya perlu sesuaikan saja kesibukan kita, dengan aktiviti bisnes ni. Aku sibuk tapi aku anggap itu rutin, aku susun aktiviti aku seperti mana kau orang dapat susun aktiviti kau orang untuk makan, pergi toilet, balik kampung, tengok tv, lepak kedai mamak", sambungnya lagi.

Semua sepupu dia diam mendengarnya. Namun masih ada yang memandang sinis pada dia. Biasalah mana ada orang yang negatif boleh berubah begitu saja. Kecuali lah dalam filem hindustan, di hujung siaran pasti yang jahat jadi insaf.

"Aku tak kisah kalau kau taknak buat bisnes ni pun, pasal aku diajar jangan jadi pengemis, aku takkan merayu kau orang join aku, pasal aku tak perlukan kuantiti, aku hanya nak yang kualiti. Kalau kau orang join pun atas dasar nak jaga hati, kau orang takkan ke mana juga. Lagi pun kalau semua join buat betul2, semua jadi kaya, tak best lah, tak bolehlah nak nyakat kau lagi abg ngah, tak boleh lah nak tayang kereta mewah aku kat kau", katanya sambil berseloroh.

"Kau buat keputusan sendiri, kalau nak kau ikut ja cara aku, aku pun awalnya ikut kawan aku juga. Setiap hari kau balik kampung berapa tol kau jumpa, bagi jer fliers. Kalau untung nasib kau dia baca, dia call kau nanti. Hari2 kau beli surat khabar, kau upah lah penjual tu isi fliers kau kat akhbar, tak yah nak sembang2 lama, nanti ada siapa2 nak tau lanjut, dia akan call kau. Banyak lagi yang kami akan ajar bila kau orang dah join nanti", katanya lagi.


"Ingat satu perkara lagi, sampai bila kau orang nak hidup dalam kesibukkan ni? Tak pernah kah kau orang tanam azam dalam diri untuk keluar dari belenggu kesibukkan ini? Jika ada, mulakan tindakan dari sekarang. Tak perlu laju tapi mesti konsisten dalam pembinaan rakan niaga. Cuba kau orang imagin kalau kau orang hanya rekrut seorang saja ahli baru setiap bulan dengan konsisten, maka setahun akan jadi sepuluh orang. Andaikan setiap orang juga buat benda yang sama, pasal dia orang akan tiru kau orang. Maka 10 rekrut 10 juga setiap orang, jadi 100 x 10 jadi 1000.. jumlah network kau orang dah jadi 1110 orang.. kalau setiap orang kau dapat komisyen RM10 jer sebulan... berapa income kau orang setahun lagi? RM10 x 1110 sama juga RM11,100 sebulan. Masa tu kau orang masih nak hidup dalam kesibukkan lagi ker... itu pun kalau RM10. Kalau seratus ringgit setiap orang macamana...? Lu pikir lah sendiri", katanya menutup perbincangan kami malam tadi.

Hebat! Rakan niaga aku ni. Inyaallah, jika kita buat sesuatu dengan ikhlas dan bersistematik, kejayaan pasti berada di genggaman kita. Jika kita ingin keluar dari dunia kesibukkan hari ini, lebih baik kita mulakan menanam benih dari sekarang, agar hasil yang keluar setahun lagi akan memberi kekuatan untuk kita membuat keputusan untuk buang kesibukkan itu atau tidak.

Hidup anda hak anda! Set matlamat anda, rancang strategi dan bertindak sampai dapat...