ANTARA DUA JALAN HIDUP



Salam pembuka bicara. Petang tadi sempat menyaksikan sebuah filem hindustan "Dilwale dulhania le jayengge". Kisah perjuangan Raj (shahrukh khan) untuk mendapatkan cinta hatinya Simran (Kajol). Berbagai dugaan ditempuhinya, namun dia tak pernah mengalah.

Malah suatu hari tu, Simran mengajak dia lari saja. Namun dia tetap berkeras untuk bawa/ dapatkan Simran dengan cara yang betul. Kemudian sekali lagi dugaan datang, kali ini daripada ibu Simran sendiri yang merelakan meminta agar Raj membawa lari anaknya demi kebahagiaan anaknya, Simran. Ketika itulah keluar kata2 yang menarik dari mulut Raj, yang telah menyentuh hati ku.


Katanya, ibunya yang telah meninggal dunia semasa dia masih kecil, pernah berpesan padanya. Dalam hidup kita ada dua jalan. Ingatlah sampai bila2. Satu jalan baik dan satu lagi jalan jahat. Jalan jahat sangat mudah untuk diikuti kerana jalan kejahatan sentiasa menarik kita.

Manakala jalan baik pula selalunya agak sukar. Banyak rintangan yang perlu dilalui. Jika kita usaha bersungguh2 akhirnya kita akan mencapai juga kemenangan itu. Hanya perlu merempuhi halangan dan dugaan itu sahaja. Biasanya setiap yang diperolehi selepas itu akan lebih indah.

Jika hasil yang diperolehi melalui jalan jahat kebiasaannya hanya sementara. Keindahan itu juga tidak seindah hasil melalui jalan kebaikkan.


Katanya lagi jika saya dapatkan Simran dengan membawa dia lari malam ini. Maka Simran takkan dapat jumpa dengan ibunya lagi. Jadi saya menang untuk dapatkan Simran sekarang tapi gagal untuk jangkamasa yang lama.

Begitulah yang sempat saya saksikan dalam filem itu. Saya tengok pun sambil2 je. Sambil menyelesaikan kerja saya kat jitra petang tadi. Ambillah kisah ini sebagai makanan minda dan jiwa. Jika kita fikir baik maka kita akan dapat baik. Jika kita fikir tak baik, maka tak baik jugalah yang kita dapat.

Think positive.

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat dan Kejayaan




“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” – Cecil B. DeMille

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:


1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.


2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.

Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.


3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda.

Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.


4. Buat Perancangan.

Rancangkan tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.


5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: “Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” – Cecil B. DeMille.


6. Tangani Halangan.

1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda – misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi”.


7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.


Ditulis oleh;
Taidin Suhaimin
.

KESIBUKAN PENGHALANG UNTUK HIDUP SENANG


"Aku sibuk, aku takda masa", tu yang selalu kita dengar, antara alasan orang biasa2.

Malam tadi aku sempat jumpa seorang rakan niaga aku, membincangkan halatuju bisnes kami. Kebetulan semalam ada kenduri di rumah mak sedara dia. Jadi sempatlah juga dia berkongsi bisnes kami dengan beberapa orang sepupu dia. Mereka memang terpegunlah mendengar rakan aku bagi penerangan. Pembangunan diri dia amat ketara. Inilah antara perubahan dan hasil dia dapat dalam bisnes ni. Bukan duit semata-mata.

"Aku minat dan seronok dengar penerangan kau ni, tapi aku takda masa, itu masalahnya". Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah ungkapan yang boleh diucapkan oleh dia (rakan niaga aku tu) dalam hatinya.

Tahniah, kerana menjadikan kesibukan harian kamu semua sebagai kunci yang menghalang kamu untuk berjaya. "Wah sibuk sungguh kamu semua ya. Ada tak sibuk macam aku? Pagi masuk kem ambil kawad peserta kursus, petang sampai malam kadang2 kena duty, kalau takda duty, balik rumah kena buat kertas exam peserta kursus pula, kadang2 sampai tak sempat makan, tak sempat tidur. Kau orang sempat makan, sempat tidur tak?", kata rakan niaga aku seorang staf unit beruniform.


"Kalau kita layan sibuk tu sampai bila pun kita takkan berubah hidup. Dalam bisnes ni kita hanya perlu sesuaikan saja kesibukan kita, dengan aktiviti bisnes ni. Aku sibuk tapi aku anggap itu rutin, aku susun aktiviti aku seperti mana kau orang dapat susun aktiviti kau orang untuk makan, pergi toilet, balik kampung, tengok tv, lepak kedai mamak", sambungnya lagi.

Semua sepupu dia diam mendengarnya. Namun masih ada yang memandang sinis pada dia. Biasalah mana ada orang yang negatif boleh berubah begitu saja. Kecuali lah dalam filem hindustan, di hujung siaran pasti yang jahat jadi insaf.

"Aku tak kisah kalau kau taknak buat bisnes ni pun, pasal aku diajar jangan jadi pengemis, aku takkan merayu kau orang join aku, pasal aku tak perlukan kuantiti, aku hanya nak yang kualiti. Kalau kau orang join pun atas dasar nak jaga hati, kau orang takkan ke mana juga. Lagi pun kalau semua join buat betul2, semua jadi kaya, tak best lah, tak bolehlah nak nyakat kau lagi abg ngah, tak boleh lah nak tayang kereta mewah aku kat kau", katanya sambil berseloroh.

"Kau buat keputusan sendiri, kalau nak kau ikut ja cara aku, aku pun awalnya ikut kawan aku juga. Setiap hari kau balik kampung berapa tol kau jumpa, bagi jer fliers. Kalau untung nasib kau dia baca, dia call kau nanti. Hari2 kau beli surat khabar, kau upah lah penjual tu isi fliers kau kat akhbar, tak yah nak sembang2 lama, nanti ada siapa2 nak tau lanjut, dia akan call kau. Banyak lagi yang kami akan ajar bila kau orang dah join nanti", katanya lagi.


"Ingat satu perkara lagi, sampai bila kau orang nak hidup dalam kesibukkan ni? Tak pernah kah kau orang tanam azam dalam diri untuk keluar dari belenggu kesibukkan ini? Jika ada, mulakan tindakan dari sekarang. Tak perlu laju tapi mesti konsisten dalam pembinaan rakan niaga. Cuba kau orang imagin kalau kau orang hanya rekrut seorang saja ahli baru setiap bulan dengan konsisten, maka setahun akan jadi sepuluh orang. Andaikan setiap orang juga buat benda yang sama, pasal dia orang akan tiru kau orang. Maka 10 rekrut 10 juga setiap orang, jadi 100 x 10 jadi 1000.. jumlah network kau orang dah jadi 1110 orang.. kalau setiap orang kau dapat komisyen RM10 jer sebulan... berapa income kau orang setahun lagi? RM10 x 1110 sama juga RM11,100 sebulan. Masa tu kau orang masih nak hidup dalam kesibukkan lagi ker... itu pun kalau RM10. Kalau seratus ringgit setiap orang macamana...? Lu pikir lah sendiri", katanya menutup perbincangan kami malam tadi.

Hebat! Rakan niaga aku ni. Inyaallah, jika kita buat sesuatu dengan ikhlas dan bersistematik, kejayaan pasti berada di genggaman kita. Jika kita ingin keluar dari dunia kesibukkan hari ini, lebih baik kita mulakan menanam benih dari sekarang, agar hasil yang keluar setahun lagi akan memberi kekuatan untuk kita membuat keputusan untuk buang kesibukkan itu atau tidak.

Hidup anda hak anda! Set matlamat anda, rancang strategi dan bertindak sampai dapat...

RANCANG PENCEN ANDA HARI INI


" Mahukan Kehidupan PENCEN Anda Bergaya? Mahukah Anda Miliki Bisnes Sendiri "

Bisnes ini mudah sahaja, semua peringkat usia mampu melakukannya. Saya bukan nak tabur janji pada Tuan/Puan boleh dapat segalanya. MUSTAHIL anda boleh gagal jika buat kerja bersama-sama dengan saya, yang paling penting SEMANGAT, KEMAHUAN dan ISTIQOMAH dan melakukan segala hal.

Tiada seorang pun manusia di muka bumi ALLAH ini meminta agar dirinya MISKIN @ MUFLIS, masing-masing berdoa nak hidup walaupun tak KAYA, SENANG pun jadilah... betulkan!!!



DAH TIBA MASANYA ANDA BERUBAH, SAYA TAHU ANDA DAH BOSAN DENGAN....

Kerja siang malam bagai nak RAK, tapi GAJI ciput, Bos juga yang KAYA dan DAPAT NAMA...

Duit gaji tak pernah cukup nak tampung hidup hingga hujung bulan.. Asyik POKAI jer..
Nak cuti pun susah, kena tengok MOOD Bos dulu..Cuti pun xde duit nak jalan-jalan, dok UMAH jer la..
Celik-celik mata dah HIDUP SUSAH hingga sekarang takkan 10, 20 tahun lagi pun nak camni jugak ker?mewarisi keturunan MISKIN lah sampai bila2..
Dah buat macam-macam Bisnes tapi tak pernah menjadi, asyik keluar modal jer.. rumah jadi stor bila barang tak laku, kena jual sendiri.. KESIAN. Orang buat berjaya ada TEKNIKnya, anda GAGAL ada SEBABnya.. pastu salahkan Bisnes..
Asyik tengok orang lain jer BERJAYA & HIDUP MEWAH, hati jelous tapi tak tahu cara macamna? pastu asyik dok komplen jer..
Bila pencen ingatkan nak RELAX, rupanya kena kerja balik dengan gaji yang CIPUT, TERPAKSA coz nak survive hidup
di hari tua... lebih baik tak payah pencen, kerja jer sampai habis umur..

Asyik sibuk dengan kerja jer, hingga tak de masa dengan KELUARGA.. sampai bila? ni katogeri gila kerja, tapi tak senang-senang jugak!!




Agak-agaknya nak ker kita jadi camni bila pencen nanti, so fikir-fikirkanlah!!!!!!

Cukupkah simpanan kita menjadi RM1 Juta untuk kita hidup selesa semasa pencen nanti, RM10k pun tak ada dalam simpanan, so macamana????

Kita sendiri kadang-kadang KONFIUS semada nak terus bekerja yang rezekinya 1/10 atau nak buat Bisnes yang mana rezekinya 9/10 atau nak dapatkan 10/10.

ADAKAH KITA MAHU TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI..FIKIR-FIKIRKANLAH..!!



Nak kaya, nak berjaya MUDAH, yang SUSAHnya nak robohkan EGO anda untuk terima ILMU kaya dan berjaya.... Roboh EGO ini , Insyaallah ILMU kaya dan berjaya mudah masuk..