KUNCI KEJAYAAN ANDA

Ramai orang bertanya kepada saya, apakah kunci kejayaan anda? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan saya? Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan saya menuju kejayaan. Sering juga saya berfikir, apakah jawapan yang pasti perlu saya beri kepada anda. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza Namun begitu, saya sempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa anda kepada kejayaan.

1. Kenalpasti matlamat anda. Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat akan menjadikan perjalanan anda berarah.

2. Buat perancangan/strategi. Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Perancangan akan menjadi peta untuk pergerakkan anda.

3. Imagin. Jangkakan kejayaan anda. Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi.Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. Hidup ini indah sebenarnya.

4. Bertindak. Just Do It. Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi. Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya.