Rahsia Kejayaan: Think BIG oleh Jamal

Alasan & THINK BIG dalam Bisnes Internet

Oleh: En Jamal

Salam sahabat-sahabat semua…

Sudah lama benar saya tak menulis perkongsian dalam blog buruk ini. Almaklumlah, saya ni bukannya seorang pro blogger. Hanya bila ada masa terluang saja baru saya menulis di blog ini. Jangan mare ye…

Hari ini, saya ingin berkongsikan sesuatu yang saya rasakan amat..amat..amat POWER yang mampu membantu memajukan anda dalam dunia perniagaan internet ataupun dunia buat duit online cara halal ni..

Sekarang, memang ramai yang berminat menjalankan bisnes internet di rumah. Tua muda, semuanya berminat. Sebabnya ianya mampu memberikan pendapatan tambahan kepada mereka. Malahan ianya juga mampu memberikan hasil yang berkali-kali ganda dari wang gaji kerja kerajaan yang diterima mereka setiap bulan. Sebab itu ramai yang menceburi bidang bisnes internet ni. Isu ketepuan tak wujud, ini kerana perniagaan internet adalah sangat meluas dan ianya akan berkembang dari masa ke semasa.

Ramai yang telah menjalankan bisnes internet dan ramai juga baru saja nak mencuba. Bukan semua berjaya, ramai juga gagal. Dan ramai juga yang masih takut-takut nak memulakannya.

Dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan hasil tinjauan dan pemerhatian saya terhadap masalah mereka yang gagal dalam menjana duit di internet dan juga mereka yang takut-takut atau baru nak memulakan bisnes internet.. Alasan mereka:

# Saya dah berumur. Tak sempat dah nak belajar semua ni..

Faktor umur memang benar ada sedikit cabaran untuk menjalankan perniagaan internet ini. Mungkin mereka tak ‘CEPAT TANGKAP’ seperti orang muda. Tapi, jika belajar, tidak menjadi masalah. Yang penting sanggup belajar. Ilmu bukan terbatas pada umur-umur tertentu. Muda ke, tua ke..Semakin kita memburu ilmu dan mendapatkannya, semakin tajam akal fikiran kita. FAKTA SAINS telah membuktikannya. Semakin banyak ilmu dicari, semakin tajam akal fikiran kita. Cuba lihat sekeliling kita, terdapat ramai golongan atas umur 40-an yang mencipta kejayaan pada tahap umur itu. Ramai yang menjadi jutawan pada umur ini. Lagi, ada boleh lihat sejarah pengasas Kentucky Fried Chicken – Colonel Saunders yang mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun. Lihat! Umur bukan halangan untuk mencapai kejayaan. Dalam Islam sendiri, umatnya disuruh menuntut ilmu hinggalah ke liang lahad. Maknanya, ilmu perlu sentiasa dituntut walaupun hingga ke akhir hayat kita. Tiada limit masa untuk dapatkan ilmu. Jadi, anda pula bagaimana? Dah rasa cukup berumur untuk mendapatkan ilmu? Jangan begitu ye…

# Saya OKU, susah la…

OKU atau Orang Kurang Upaya jika dilihat memang banyak halangannya untuk menjalankan perniagaan internet. Ada yang cacat kaki, cacat tangan, cacat pendengaran, malahan ada yang buta. Ada ke orang OKU yang jalankan perniagaan internet ini? Tiada ? Siapa kata tiada! Sepanjang 2 tahun saya melibatkan diri dalam dunia bisnes internet ini, saya telah mengenali 3 orang usahawan internet yang dikategorikan OKU tapi berjaya mencipta pendapatan lumayan dari internet. Siapa? Safuan Si Penglipurlara, Master Arsyad dan juga saudara Bad (telah meninggal dunia tahun yang lepas). Mereka ini menjadikan bisnes internet sebagai sumber pendapatan utama mereka! Si Safuan mengalami kecacatan di kaki, begitu juga Master Arsyad yang berkerusi roda. Siapa kata OKU tak boleh jalankan bisnes internet! Mereka dah buktikan..Dengan bisnes internet lah mereka memperolehi pekerjaaan yang mana sukar diperolehi di luar sana.

Ada ke orang buta belajar untuk menjalankan perniagaan internet? Ada! Sahabat saya, Suthan M pernah mengajar perniagaan internet kepada sekumpulan orang buta di pejabatnya. Mesti anda pening kan? Bagaimana orang buta menjalankan perniagaan internet ye? Jika orang OKU menjalankan bisnes internet tapi gagal, ianya boleh diterima lagi. Tapi, jika orang biasa yang mengaku sebagai OKU bagaimana pula?

# Saya ni tiada modal sangat..mana la nak berjaya bisnes internet ni

Alasan ini adalah alasan terbesar yang sering digunakan ramai orang. Modal taknak keluar tapi hasil mahu besar! RM100 pun tak sanggup keluarkan sebagai modal, tapi hasil mahu dapat RM10ribu. Tapi saya agak pelik apabila mereka diajak sertai program penipuan atau skim cepat kaya especially duduk saja dapat duit, laju je mereka laburkan duit mereka. Siap pinjam dengan bank along berpuluh ribuan RM untuk sertainya. Tak perlulah saya sebut apa nama SKIM CEPAT KAYA tu di sini. Sendiri mahu ingat la. Sikap tamak dalam diri menyebabkan mereka ni rugi besar! Saya sering terima aduan mangsa dari subscriber saya (biasanya golongan berumur) yang mengatakan mereka keluarkan ribuan RM untuk sertai program Skim Cepat Kaya mengarut ni tapi takde sesen pun dapat. Mereka ini telah terpedaya dengan kemewahan dan janji pulangan kekayaan dengan segera dari upline mereka. Kesudahannya, UPLINE mereka yang kaya dan mereka yang merana kuciwa. Kesian…Ramai juga pak aji-pak aji yang frust menonggeng dengan SKIM CEPAT KAYA ni..

# Saya ni tak tahu IT…saya tak pakar…

Baru mula memang la tak pakar. Tak perlu menjadi pakar untuk menjalankan perniagaan internet ini. Semua orang bermula dengan tak menjadi pakar. Saya juga bukan pakar semasa memulakan perniagaan internet. Jika nak tunggu jadi pakar, sampai ke tua berjanggut takkan jadi pakar. Apa yang penting sedikit yang anda tahu dan yang anda pelajari, terus saja dipraktikkan. Jika tak dicuba atau dipraktikkan bagaimana pula anda mahu berjaya.

Yang penting, mereka belajar dan berusaha untuk memasarkan internet bisnes mereka. So, lepas ni jangan fikir perlu menjadi pakar untuk menjana income dari internet. Yang penting, pelajarinya, fahaminya dan praktikkannya.

# Saya ni tak cukup masa nak buat bisnes internet ni..

Jika sentiasa memberikan alasan, sampai bila tak akan berjaya. Orang yang gagal atau orang yang NO ACTION sering memberikan alasan masa yang menghalang mereka. Masa tak akan datang mencari anda, anda yang perlu mencari masa. Betul ke takde masa? Mustahil tiada masa langsung! Kenala berkorban sedikit jika masa anda begitu terhad. Mungkin ambil masa sejam dua sebelum tidur untuk memulakan bisnes internet ini. Hujung minggu kan ada masa panjang lagi. Ambil masa terluang untuk lakukannya. Kan ianya juga dapat membantu menambah sumber kewangan anda.

Nak dengar satu cerita kawan saya tak? Henry bukan nama sebenar, berminat menjalankan bisnes internet. Dia pun promot sana sini produk yang disertainya. Dapatla satu jualan. Tapi selepas tu dia give up! Give up selepas beberapa minggu mencuba..Dia stop menjalankan pemasarannya. Bila saya bertanya sebab dia stop usahanya, jawapannya adalah “Aku tak cukup masa lah. Kalau aku cukup masa, boleh aje dapat banyak duit dari internet. Kau boleh la Jamal, kau tidur lewat jam 3 pagi”.

Hahaha..lawak sungguh saya mendengar alasan beliau. Bila masa pula saya tidur jam 3.00 pagi. Saya sewaktu awal pembabitan bisnes internet ini, saya mula jam 9 malam hinggalah jam 11 atau jam 12 malam. Kadang kala lewat sikit sebab banyak main game bola. Hujung minggu biasanya saya tak online! Cuit-cuti Malaysia la katakan. Apa yang penting, dengan masa yang agak terhad tersebut, saya gunakannya dengan penuh berkualiti.

Walaupun masa sejam dua, tapi ianya saya penuhi dengan tugasan-tugasan yang paling penting. Nasihat saya, jangan suka memberi alasan masa, tapi cuba cari masa untuk melakukannya.

# Saya ni banyak tak tahu…

Dah tahu tak tahu, carilah ilmunya. Ilmu tak akan datang jika tak dicari. Pelbagai cara untuk dapatkan ilmu. Nak percuma, cuba saja pergi seminar percuma ke, download ebook percuma ke, baca artikel di blog ke. Tapi yang percuma biasanya tak akan dapat lengkap seperti yang anda mahukan. Nak ilmu lebih lengkap, hadiri seminar atau workshop ke, beli buku ke atau sebagainya. Yang penting, dapatkan ilmu yang dapat membantu anda. Jika pelaburan untuk ilmu pun anda kedekut untuk laburkan, usah mimpikan pulangan berganda yang anda impikan.

Pakar motivasi ada berkata, “Ramai Orang Nak Kaya, Tapi Kedekut Untuk Jadi Kaya”.

Jadi, usah kedekut untuk dapatkan ilmu. Jika anda mampu untuk dapatkannya, dapatkan. Bukan semua ilmu boleh dapatkan secara percuma. Belajar mengaji pun pakai duit, pergi sekolah tuisyen pon pakai duit, pergi sekolah pon pakai duit, masuk U pun pakai duit…Fikir-fikirkanlah..

Itulah celoteh saya serba sedikit..

Selanjutnya, apa yang ingin saya sampaikan dalam penulisan ini adalah bagaimana untuk keluar dari alasan-alasan yang disebutkan di atas. Memandangkan saya ni lebih fokus dalam dunia perniagaan internet sejak Dis 2008, jadi hari ini saya ingin berkongsikan anda satu rahsia bagaimana untuk berjaya dalam dunia perniagaan internet.

RAHSIANYA ADALAH==>THINKING BIG

Berfikiran Besar? Bagaimana tu? Berfikir bagaimana nak besarkan perut ke? Ke bagaimana nak dapatkan bini besar?

Tidak..tidak..tidak…

Berfikiran besar yang saya maksudkan adalah menanamkan cita-cita tinggi dan juga menetapkan matlamat kejayaan dalam apa kerja yang dilakukan. Dalam perniagaan internet ini, amat penting untuk berfikir THINK BIG dalam perjalanan mencapai apa yang ingin anda inginkan.

Semasa saya memulakan bisnes internet dulu, sasaran bulan pertama saya adalah RM1000. Wah! Baru je mula bisnes internet dengan itu tak tahu, ini tak tahu dah impikan untuk jana RM1000? Apa orang kata, saya tak peduli. Itulah sasaran saya. Dan hasilnya, saya tak dapat pun RM1000, tapi dapat RM60. Hehehehe…Dan saya cuba lagi selepas itu, saya masih meletakkan sasaran yang sama pada Januari 2009 iaitu untuk mendapatkan RM1000 yang pertama. Hasilnya, bukan RM1000 saya perolehi, tapi RM3500! Sasar lain, dapat 2.5 kali ganda lebih banyak. Terus saja saya beli laptop dengan hasil jualan sebanyak RM3500 tersebut.

Kemudian, bulan berikutnya, saya sasarkan untuk dapatkan RM5000 pula, dan apabila genap sebulan, kejutan berlaku lagi. Bukan RM5000 saya perolehi, tapi RM16,000. Dan selepas itu, saya terus mensasarkan lebih tinggi daripada apa yang pernah saya capai. Dan Alhamdulillah, hasil mencecah RM100k ke RM125k.

Bagaimana? Hebat bukan dengan berfikiran THINK BIG ni..Dengan berfikiran THINK BIG, kejayaan datang menghampiri kita. Apabila kita berfikiran THINK BIG, secara automatik kita akan:

# Menyingkirkan segala aura kegagalan iaitu takut nak mencuba, malas nak belajar, suka menyalahkan orang lain, takut gagal, dan sebagainya. Apabila aura jahat ini disingkirkan, dengan mudahnya aura kejayaan menyeliputi diri anda.

# Meningkatkan usaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Sebagai contoh, jika seseorang itu mesasarkan RM1000 sebulan dari bisnes internet, beliau pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai matlamatnya. Macam saya juga la, hehehe..sasarkan untuk menjadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi. Kini saya sedang berusaha untuk mencapainya.

# Meningkatkan keyakinan dan menjadikan pemikiran lebih terbuka/positif. Anda akan yakin dengan apa yang anda lakukan. Anda yakin anda akan memperolehi apa yang anda impikan. Dengan keyakinan yang kuat, segala cabaran dan halangan akan ditempuhi dengan mudahnya. Dulu, semasa saya memulakan bisnes internet, saya berfikiran THINK BIG di mana saya akan dapat selesaikan hutang piutang saya dengan segera melalui perniagaan internet. Dan saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Alhamdulillah, tak lama selepas itu saya berjaya melangsaikan segala hutang piutang saya dengan sekaligus. Bagaimana untuk membangunkan keyakinan anda? Fikirkan kejayaan, ingatkan diri kita adalah lebih hebat dari yang kita sangka dan fikirkan perut besar matlamat besar.

Sebenarnya, banyak lagi keistimewaan THINK BIG ini. Tak larat dah saya nak menaipnya di sini. Hehehe. Lain masa, ada masa, insyallah kita akan sembang-sembang lagi berkenaan tajuk THINK BIG ni.

Sekian saja dari saya, semoga ianya bermanfaat.

- JAMAL -

* tengkiu mr jamal atas perkongsian ilmu ini...