MENGAKU KALAH PUNCA KEGAGALAN

Perkongsian cerita antara leader hebat MLM. Ini lah contoh pemimpin yang hebat. Patut diikuti tindakan seperti ini... oleh semua leader2 MLM terutama leader dan bakal leader topstar family. Bagaimana beliau mengambil penolakan prospek sebagai satu penolakkan kepada dirinya untuk terus berjaya lagi.

__________________________________

Salam bahagia. Aku sentiasa berdoa agar warga MLM tetap bersemangat. Alhamdulillah aku tetap bersemangat. Syukurlah kerana semangat ku tak pernah hilang walau apa halangan yang datang.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang malam tadi 'BOP' di USJ 9. Semalam seharian juga aku dan suami menghubungi ramai juga prospek, kawan, rakan kongsi lama, rakan kongsi yang dah mati, yang dah senyap dan tak berniaga. Juga aku menelefon beberapa orang stranger dan prospek baru untuk menjemput mereka datang 'BOP' malam tadi.

Aku ingat dalam 20 panggilan yang aku dan suami buat. Seperti dijangka, macam2 jawapan yang aku dapat.

Fadzilah menjawab dengan sms "Teruskan, selamat maju jaya. aku tak dapat memberi perhatian kepada yang lain setakat ini. Mungkin lain kali''.

Aiman seorang pembantu perubatan di HUKM berkata, "Saya memang nak buat tapi bukan sekarang, nantilah lega2 sikit lagipun anak masih kecik lagi ni, payah nak bergerak. Apa pun terima kasihlah kak ajak saya datang malam ni".

Johari yang suami telefon memberi jaminan sangat positif katanya, "Ok bangl, saya akan hadir bersama kembar saya. Saya tau kawasan USJ 9 dan rasanya saya boleh cari tempat yang abang maksudkan. Insyaallah kita jumpa malam ni. Rasanya dalam jam 9 malam saya dah ada di sana."

En Nizam, seorang enjineer yang kami kenali bersama isterinya Ain ketika sama2 menghadiri Program ESQ MCB di SACC Shah Alam, beberapa kali menundakan niatnya untuk datang ke BOP. Malam tadi lagi sekali jawabannya "Maaflah abang, tak free lah malam ni".

Aku juga membuat follow up dengan Liza supaya membawa En Rizuwan yang telah kami kongsikan peluang ini minggu lepas. Katanya nak datang melihat kelas dulu. Tetapi akhirnya dia memberi jawapan pada Liza "Jika kak nak bagi pinjamkan dulu modal tu, saya akan masuk dan pergi tengok meeting. Jika tidak tak mahulah".

Salwa, seorang stranger yang dah datang beberapa kali meeting dan B.O.P aku follow up lagi dan ajak datang BOP malam tadi. Katanya Salwa... "Tak apa kak, jika saya nak datang saya akan datang sendiri,lagi pun saya dah tahu tempat tu. Jangan risau kak dah, saaya pasti akan join bagi masa sedikit masa lagi".

Aku follow up juga seorang rakan kongsi yang pernah masuk keahlian untuk dibawa datang ke kelas malam tadi tetapi apa jawapannya... "Ya eloklah, saya memang nak jumpa puan dan suami sebab saya pun ada business yang saya nak puan join perniagaan ini"

Suami menelefon kawan sekuliahnya di UPM dulu. Dah jumpa beberapa kali. Nak ajaklah dia datang malam tadi. Awalnya dia kata OK nak datang. Tetapi beberapa minit kemudian dia sms pada suami katanya... "Mohon maaf kawan, aku sebenarnya ada hajat nak pinjam duit kau sikit, tak lah banyak dalam RM80 000 untuk buat modal business mengkarung. Dah dapat nanti aku bayar balik lah. Lepas aku kaya nanti aku masuklah business kau tu".

Pn Maimun yang tinggal di Kampung Pandan pula sms awal pagi memohon maaf tak dapat memenuhi janji untuk hadir kerana terpaksa out station ke JB.

Sementara Nurul dan rakan kongsinya yang baru Kartini yang memaklumkan nak membawa dua orang baru malam tadi juga tidak muncul walaupun aku menunggu mereka sampai habis B.O.P. Ya aku faham, Nurul susah sikit nak bergerak kerana ketiadaan pembantu sekarang ni.

Liza dari Klang juga tak dapat hadir walaupun dia berjanji nak datang. Mungkin Liza ada hal lain yang mustahak yang menyebabkan dia tak boleh hadir.

Sampai azan Maghrib berkumandang, hanya Johari yang memberikan jawapan positif untuk datang. Kembang dada suami aku tengok sebab Johari dan kembarnya nak datang.

Kami yakin mereka akan datang kerana Johari tinggal di Subang Jaya, tak jauh dari USJ.

Tetapi itulah keadaannya yang aku hadapi sejak membina perniagaan ini dari dulu sampai sekarang. Bukan mudah nak mengajak dan menjemput orang datang. Dalam keadaan anak pula demam panas, aku tinggalkan dia setelah dibawa berjumpa doktor Ting. Berbunga indah hati sebab prospek nak datang, dua orang lak tu. Jika Nurul bawa dua orang, dah ada empat orang yang datang malam ni.

Jam 8.50 kami sampai di tempat BOP. Dan sebaik masuk ke kelas, suami mendapat sms daripada Johari memohon maaf tak dapat hadir kerana adik kembarnya Johan terpaksa pulang lewat kerana terlalu banyak kerja di pejabat yang mesti disiapkan.

Kecewa? Sebagai manusia biasa tentulah perasaan kecewa tu ada. Tetapi tidaklah perasaan kecewa itu menyebabkan aku rasa mahu mengalah dan mahu mengundur diri dalam perniagaan ini. Aku rasa dah kalih dengan penolakan orang. Aku rasa macam dah imun apabila orang kata tak mahu. Aku rasa dah tak ada apa2 perasaan kecewa apabila orang menggelengkan kepala.

Tetapi aku boleh berjaya juga. Aku masih boleh mendapat pendapatan besar juga.

Aku masih boleh naik juga. Aku masih boleh melancong juga. Masih ramai yang terus berjaya juga walaupun tetap ramai yang terus menolak. Kerana walaupun ada yang tak mahu, tetapi masih ada ramai yang mahu malah ramai yang ternanti2 kita datang kepada mereka. Inilah jalan2 menuju kejayaan. Inilah lorong2 menuju kemenangan. Inilah liku2 untuk mencapai kehebatan dan kejuaraan.

Aku tidak akan kecewa. Aku tidak akan berputus asa. Aku tidak akan menyerah. Aku tidak akan mengalah.

Aku berharap anda juga tidak mudah kecewa. Aku harap mereka juga tidak akan berputus asa. Aku harap anda tidak akan menyerah. Aku harap anda tidak akan mengalah. Jika aku dan leader2 anda mengalah dan menyerah dahulu, anda pasti tiada pada hari ini. Syukurlah kerana aku tidak pernah kecewa.

Di hujung susah pasti ada senang. Di hujung perjuangan pasti ada kemenangan. Di hujung kegagalan pasti ada kejayaan. Di hujung kepahitan pasti ada kemanisan. Di hujung keperitan pasti ada keindahan. Di hujung yang suram pasti akan timbul yang terang.

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

----------

BENAR kata guruku, NAK BERJAYA tirulah cara mereka yang telah berjaya!