MENGAKU KALAH PUNCA KEGAGALAN

Perkongsian cerita antara leader hebat MLM. Ini lah contoh pemimpin yang hebat. Patut diikuti tindakan seperti ini... oleh semua leader2 MLM terutama leader dan bakal leader topstar family. Bagaimana beliau mengambil penolakan prospek sebagai satu penolakkan kepada dirinya untuk terus berjaya lagi.

__________________________________

Salam bahagia. Aku sentiasa berdoa agar warga MLM tetap bersemangat. Alhamdulillah aku tetap bersemangat. Syukurlah kerana semangat ku tak pernah hilang walau apa halangan yang datang.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang malam tadi 'BOP' di USJ 9. Semalam seharian juga aku dan suami menghubungi ramai juga prospek, kawan, rakan kongsi lama, rakan kongsi yang dah mati, yang dah senyap dan tak berniaga. Juga aku menelefon beberapa orang stranger dan prospek baru untuk menjemput mereka datang 'BOP' malam tadi.

Aku ingat dalam 20 panggilan yang aku dan suami buat. Seperti dijangka, macam2 jawapan yang aku dapat.

Fadzilah menjawab dengan sms "Teruskan, selamat maju jaya. aku tak dapat memberi perhatian kepada yang lain setakat ini. Mungkin lain kali''.

Aiman seorang pembantu perubatan di HUKM berkata, "Saya memang nak buat tapi bukan sekarang, nantilah lega2 sikit lagipun anak masih kecik lagi ni, payah nak bergerak. Apa pun terima kasihlah kak ajak saya datang malam ni".

Johari yang suami telefon memberi jaminan sangat positif katanya, "Ok bangl, saya akan hadir bersama kembar saya. Saya tau kawasan USJ 9 dan rasanya saya boleh cari tempat yang abang maksudkan. Insyaallah kita jumpa malam ni. Rasanya dalam jam 9 malam saya dah ada di sana."

En Nizam, seorang enjineer yang kami kenali bersama isterinya Ain ketika sama2 menghadiri Program ESQ MCB di SACC Shah Alam, beberapa kali menundakan niatnya untuk datang ke BOP. Malam tadi lagi sekali jawabannya "Maaflah abang, tak free lah malam ni".

Aku juga membuat follow up dengan Liza supaya membawa En Rizuwan yang telah kami kongsikan peluang ini minggu lepas. Katanya nak datang melihat kelas dulu. Tetapi akhirnya dia memberi jawapan pada Liza "Jika kak nak bagi pinjamkan dulu modal tu, saya akan masuk dan pergi tengok meeting. Jika tidak tak mahulah".

Salwa, seorang stranger yang dah datang beberapa kali meeting dan B.O.P aku follow up lagi dan ajak datang BOP malam tadi. Katanya Salwa... "Tak apa kak, jika saya nak datang saya akan datang sendiri,lagi pun saya dah tahu tempat tu. Jangan risau kak dah, saaya pasti akan join bagi masa sedikit masa lagi".

Aku follow up juga seorang rakan kongsi yang pernah masuk keahlian untuk dibawa datang ke kelas malam tadi tetapi apa jawapannya... "Ya eloklah, saya memang nak jumpa puan dan suami sebab saya pun ada business yang saya nak puan join perniagaan ini"

Suami menelefon kawan sekuliahnya di UPM dulu. Dah jumpa beberapa kali. Nak ajaklah dia datang malam tadi. Awalnya dia kata OK nak datang. Tetapi beberapa minit kemudian dia sms pada suami katanya... "Mohon maaf kawan, aku sebenarnya ada hajat nak pinjam duit kau sikit, tak lah banyak dalam RM80 000 untuk buat modal business mengkarung. Dah dapat nanti aku bayar balik lah. Lepas aku kaya nanti aku masuklah business kau tu".

Pn Maimun yang tinggal di Kampung Pandan pula sms awal pagi memohon maaf tak dapat memenuhi janji untuk hadir kerana terpaksa out station ke JB.

Sementara Nurul dan rakan kongsinya yang baru Kartini yang memaklumkan nak membawa dua orang baru malam tadi juga tidak muncul walaupun aku menunggu mereka sampai habis B.O.P. Ya aku faham, Nurul susah sikit nak bergerak kerana ketiadaan pembantu sekarang ni.

Liza dari Klang juga tak dapat hadir walaupun dia berjanji nak datang. Mungkin Liza ada hal lain yang mustahak yang menyebabkan dia tak boleh hadir.

Sampai azan Maghrib berkumandang, hanya Johari yang memberikan jawapan positif untuk datang. Kembang dada suami aku tengok sebab Johari dan kembarnya nak datang.

Kami yakin mereka akan datang kerana Johari tinggal di Subang Jaya, tak jauh dari USJ.

Tetapi itulah keadaannya yang aku hadapi sejak membina perniagaan ini dari dulu sampai sekarang. Bukan mudah nak mengajak dan menjemput orang datang. Dalam keadaan anak pula demam panas, aku tinggalkan dia setelah dibawa berjumpa doktor Ting. Berbunga indah hati sebab prospek nak datang, dua orang lak tu. Jika Nurul bawa dua orang, dah ada empat orang yang datang malam ni.

Jam 8.50 kami sampai di tempat BOP. Dan sebaik masuk ke kelas, suami mendapat sms daripada Johari memohon maaf tak dapat hadir kerana adik kembarnya Johan terpaksa pulang lewat kerana terlalu banyak kerja di pejabat yang mesti disiapkan.

Kecewa? Sebagai manusia biasa tentulah perasaan kecewa tu ada. Tetapi tidaklah perasaan kecewa itu menyebabkan aku rasa mahu mengalah dan mahu mengundur diri dalam perniagaan ini. Aku rasa dah kalih dengan penolakan orang. Aku rasa macam dah imun apabila orang kata tak mahu. Aku rasa dah tak ada apa2 perasaan kecewa apabila orang menggelengkan kepala.

Tetapi aku boleh berjaya juga. Aku masih boleh mendapat pendapatan besar juga.

Aku masih boleh naik juga. Aku masih boleh melancong juga. Masih ramai yang terus berjaya juga walaupun tetap ramai yang terus menolak. Kerana walaupun ada yang tak mahu, tetapi masih ada ramai yang mahu malah ramai yang ternanti2 kita datang kepada mereka. Inilah jalan2 menuju kejayaan. Inilah lorong2 menuju kemenangan. Inilah liku2 untuk mencapai kehebatan dan kejuaraan.

Aku tidak akan kecewa. Aku tidak akan berputus asa. Aku tidak akan menyerah. Aku tidak akan mengalah.

Aku berharap anda juga tidak mudah kecewa. Aku harap mereka juga tidak akan berputus asa. Aku harap anda tidak akan menyerah. Aku harap anda tidak akan mengalah. Jika aku dan leader2 anda mengalah dan menyerah dahulu, anda pasti tiada pada hari ini. Syukurlah kerana aku tidak pernah kecewa.

Di hujung susah pasti ada senang. Di hujung perjuangan pasti ada kemenangan. Di hujung kegagalan pasti ada kejayaan. Di hujung kepahitan pasti ada kemanisan. Di hujung keperitan pasti ada keindahan. Di hujung yang suram pasti akan timbul yang terang.

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

----------

BENAR kata guruku, NAK BERJAYA tirulah cara mereka yang telah berjaya!

PETIKAN BUKU : 30 PRINSIP MENUJU KEJAYAAN



Tajuk buku : How To Win Friends & Influence People
(Bagaimana memenangi Hati Kawan & Mempengaruhi Orang lain)
Oleh : Dare Carnegie. (Terbitan PTS)

Prinsip 1 : Elakkan daripada mengkritik, mencerca atau mengeluh

Prinsip 2 : Berikan penghargaan yang jujur dan telus

Prinsip 3 : Bangkitkan minat dalam diri orang lain.

Prinsip 4 : Bersungguh2 menaruh minat pada orang lain.

Prinsip 5 : Senyum

Prinsip 6 : Ingat nama setiap individu itu adalah nada yang enak didengari dan penting dalam apa2 bahasa sekali pun.

Prinsip 7 : Jadilah pendengar yang baik. Dorong orang lain supaya bercerita mengenai diri mereka.

Prinsip 8 : Berbicara mengenai minat orang lain.

Prinsip 9 : Buat orang lain berasa penting dan lakukannya dengan tulus.

Prinsip 10 : Satu2nya cara memperoleh manfaat sepenuhnya daripada perdebatan ialah dengan menghindarinya.

Prinsip 11 : Tunjukkan penghargaan kepada orang lain. Usah berkata, "Kamu salah".

Prinsip 12 : Kalau kita salah, akui dengan segera dan tegas.

Prinsip 13 : Mulakan dengan mesra.

Prinsip 14 : Pengaruhi orang lain mengatakan "YA" dengan segera.

Prinsip 15 : Biarkan orang lain lebih banyak bercakap daripada kita.

Prinsip 16 : Biarkan orang lain merasakan idea itu miliknya.

Prinsip 17 : Cuba dengan sedaya upaya bagi melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain.

Prinsip 18 : Bersimpati dengan idea dan hasrat orang lain.

Prinsip 19 : Tumpukan perhatian kepada motif2 yang lebih mulia.

Prinsip 20 : Dramatisasikan idea2 kita.

Prinsip 21 : Lontarkan cabaran. Bangkitkan minat dalam diri orang lain.

Prinsip 22 : Mulaikan denganpujian dan penghargaan yang jujur.

Prinsip 23 : Gunakan kiasan bagi menegur kesalahan orang lain.

Prinsip 24 : Bicara dulu mengenai kesalahan kita sebelum mengkritik orang lain.

Prinsip 25 : Ajukan pertanyaan daripada mengeluarkan arahan.

Prinsip 26 : Berikan peluang kepada orang lain demi menyelamatkan air muka mereka.

Prinsip 27 : Puji setiap kebaikan walau sekecil zarah sekalipun dan puji setiap kemajuan. Menjadi lebih terbuka dalam menerima penghargaan dan murah hati dalam menghadiahkan pujian kita.

Prinsip 28 : Berikan orang lain reputasi yang baik bagi dipenuhi olehnya.

Prinsip 29 : Gunakan dorongan. Jadikan satu2 kesalahan itu kelihatan mudah diperbaiki.

Prinsip 30 : Buat orang lain senang hati bagi melakukan hal yang kita cadangkan.

"Ilmu yang diperolehi tetapi tidak diamal samalah seperti pokok rendang yang tidak berbuah"

KUNCI KEJAYAAN ANDA

Ramai orang bertanya kepada saya, apakah kunci kejayaan anda? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan saya? Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan saya menuju kejayaan. Sering juga saya berfikir, apakah jawapan yang pasti perlu saya beri kepada anda. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza Namun begitu, saya sempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa anda kepada kejayaan.

1. Kenalpasti matlamat anda. Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat akan menjadikan perjalanan anda berarah.

2. Buat perancangan/strategi. Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Perancangan akan menjadi peta untuk pergerakkan anda.

3. Imagin. Jangkakan kejayaan anda. Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi.Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. Hidup ini indah sebenarnya.

4. Bertindak. Just Do It. Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi. Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya.

TIP KEJAYAAN MLM

MENYEDIAKAN DIRI SEBAGAI RAKAN NIAGA YANG DINAMIK

Bagaimana caranya?

Mempunyai keyakinan pada diri sendiri

1. Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang

2. Perlu yakin dan berani, “Anda boleh sebab anda berani”

Memiliki sifat penyabar

1. Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya.

2. Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.

Memperuntukkan masa

1. Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

2. Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.

Mempunyai kemahuan

1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

2. Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.

Berkerja dengan bijak

1. Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya.

2. Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!

Membina imej professional

1. Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna

Bersedia untuk menyukai orang

1. Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda.

2. Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.

Menjadi peramah dan cepat mesra

1. Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut

2. Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.

Bersedia untuk belajar dan mengajar

1. Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran.

2. Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda.

3. Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat dan kumpulan anda kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.

Menyediakan bahan asas

Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:

1. Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada.

2. Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan

3. Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna.

Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran.

4 RAHSIA FORMULA KEJAYAAN MLM

RAHSIA FORMULA KEJAYAAN MLM

Rahsia MLM Pertama

1. Impian - Untuk berjaya di dalam sesuatu bidang, anda mesti mempunyai satu impian yang amat kuat. Impian inilah yang akan menjadi satu pendorong terkuat untuk menolak anda melakukan perkara-perkara yang orang gagal tidak mahu lakukan. Impian menjadikan anda seorang yang kebal dengan setiap ucapan-ucapan negatif yang akan anda terima di sepanjang proses anda untuk mencapai matlamat anda. Impianlah yang akan menjadikan anda insan yang tabah dan persisten di dalam merealisasikan matlamat yang anda ingin-inginkan.

Rahsia MLM Kedua

2. Matlamat (GOAL) - Dalam setiap pekerjaaan yang kita lakukan, kita mesti mempunyai matlamat. Iaitu tujuan yang ingin di capai. Matlamat yang perlu ada mestilah tepat dan tidak boleh kabur. Matlamat yang kabur tidak akan membawa anda ke mana-mana pun. Adalah penting kepada anda untuk mempunyai S.M.A.R.T GOAL iaitu :

S - Specific (Matlamat yang kita ketahui dengan jelas)

M - Measurable (Matlamat yang boleh di ukur, iaitu kita mempunyai satu matlamat yang boleh di ukur pencapaian dan boleh di buat perbandingan)

A - Attainable (Matlamat yang boleh di capai mengikut kemampuan diri)

R - Realistic (Matlamat yang di inginkan mestilah boleh di capai dalam satu jangka masa yang munasabah)

T - Timeline (Matlamat anda mesti ada tarikh untuk di capai)

Matlamat MESTI di tulis dan lengkap dengan apa yang di inginkan secara terperinci dan di tetapkan masa untuk di capai. Matlamat yang di tulis mesti di analisa atau review sentiasa untuk memastikan apa yang kita lakukan setiap hari mendekatkan kita kepada matlamat yang ingin dicapai.

Rahsia MLM ketiga

3. FOKUS - Dalam melakukan sesuatu kita mesti fokus. Fokus atau tumpuan memberikan kita tenaga atau energi yang cukup untuk melaksanakan tugas kita. Sebagai contoh jika anda mempunyai sebuah kotak yang ingin anda buatkan satu lubang melaluinya. Anda di berikan 2 alat untuk di gunakan bagi membuat lubang tersebut. Alat yang pertama ialah sebatang pisau yang tajam dan alat yang kedua ialah sebatang sudu. Jika anda menikam atau mencucuk kotak tersebut untuk membuat lubang dengan menggunakan sebatang sudu, sudah pasti energi yang anda gunakan adalah tinggi tetapi anda masih tidak mampu membuat sebuah lubang. Tetapi jika anda menggunakan sebatang pisau dengan mudah tugas anda akan terlaksana. Pisau yang tajam tapi mempunyai energi yang tertumpu di satu tempat manakala sudu yang tumpul pula energinya di merata tempat dan tidak tertumpu.

Jadi inilah kuasa FOKUS yang amat kuat.

Rahsia MLM ke Empat

4. TINDAKAN Berterusan dan Konsisten - Walaupun anda sudah mempunyai impian, matlamat yang bertulis dan fokus di dalam menjalankan apa yang anda impi-impikan namun tanpa TINDAKAN ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana. Tindakan juga perlu yang BERTERUSAN dan BERKONSISTEN. Inilah yang akan menghasilkan kejayaan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan.

RAMBUTAN YANG RIMBUN

Teringat cerita pasal pokok rambutan. Memang benar apa yang dikatakan oleh mentorku suatu masa dulu. Katanya,

"kita buat bisnes ni tak susah, macam tanam pokok rambutan saja. Nak mula tu saja yang susah, di peringkat awal tu. Nak cari benih yang baik, nak semai, nak tanam, nak jaga dari makhluk perosak (dalam dan luar), nak kena baja dan siram, kalau baja dan siram banyak sangat nanti mati pula pokok2 tu. Ingat tu. Bila pokok tu dah besar, dah pandai cari baja dan air sendiri, dah tak susah dah. Bila keluarkan hasil sangat enak dimakan seluruh keluarga".

Kemudian mentorku sambung cerita lagi...

"kadang2 peringkat awal ni pokok yang kita tanam tu tak berapa elok sangat pun. Tapi jangan sedih pasal kita nak ambil benih tu. Ada orang dia buat "tut" tengok ranting mana yang elok. Ada juga orang kawinkan dengan benih yang lain. Macam dalam bisnes ni, kadang2 orang tu kata dia dah hebat, tapi kalau dia kawin atau gabungkan kerjasama dengan kumpulan yang satu lagi, mmm lagi hebat jadinya. Tapi jangan salah pilih benih yang nak gabung tu, takut kena benih yang ber'virus' pula. Ingat tu".

Pesan mentorku aku ingat hingga kini. Kemudian dia sambung lagi..

"jangan kau hanya pandai menanam tapi tak pandai menjaga pula. Bulan ni kau tanam 10 pokok, bulan depan elok kau nak tanam 10 pokok baru, tapi 10 pokok yang bulan lepas habis mati.. apa gunanya. Jenuh tanam lah.. bila nak pebuh ladang kau. Lebih baik jiran kau yang tanam 2 pokok kat belakang rumah dia tu.. tapi dia jaga dan siram selalu, baja, letak racun makhluk perosak.. lagi rimbun pokoknya. Bila cukup masa keluar buah berimbun2 sampai cucu cicit boleh tumpang makan. Sedangkan kau punya ladang sampai sekarang tak keluarkan hasil. Hanya makan hasil jual batang pokok mati tu je sekali. Ingat tu Asri...".

Insyaallah ilmu ini akan aku kongsikan sampai bila2..

"bukan tak boleh tanam pokok banyak2. Bagus kalau boleh buat begitu tapi ikut kemampuan kau lah asri. Kalau kau mampu buat lagi bagus. Ingat formula "number of game". Percayalah bahawa jika kita banyak menanam maka hasilnya juga banyak. Tapi saya kata jangan lupa jaga, siram dan baja. Kalau kau mampu buat "just do it" lagi banyak kau boleh dapat. Nak lebih menarik buat secara berperingkat. Kau nak tahu tak bagaimana caranya?".

Mestilah nak tahu...

"mulakan dengan 2 yang pertama, dalam minggu pertama kau rekrut 2 orang. Minggu kedua kau ajarkan, tunjuk cara kepada 2 tu untuk rekrut 2 orang juga... duplikasikan sistem ini. Minta dia buat perkara yang sama juga ke generasi ke generasi.. Minggu ketiga kau rekrut lagi 2 orang dan minggu keempat kau lakukan seperti minggu kedua tadi.. Rekrut, Ajar, Lepaskan berdikari, kalau pokok tu jenis cepat menjalar maka dia akan hidup. Kalau yang jenis *&^%$ maka dia akan mati. Lebih baik dia mati sekarang dapat kau gantikan dengan pokok yang baru. Kalau lama2 dia kat situ hidup segan mati tak mau, nanti jadi tunggul pula, susah nak tanam yang baru. Kau faham tak ni apa yang aku cerita ni? Kalau tak paham juga kau print nota ni pastu kau gali maksudnya".

Mmm.. memori sungguh. Cerita ini sengaja aku olahkan semula dengan kata2 baru agar jadi lebih menarik penceritaannya. Tapi maksudnya tak lari. Itulah perumpamaan pokok yang pernah diceritakan oleh mentor aku dulu...

"pesanan akhir, hati2 dengan makhluk perosak, kulat, anai2, virus yang mungkin dah hinggap dalam mana2 pokok anda. Ia boleh jangkiti pokok2 lain juga. Jika perlu tebang, tebang ja, demi keselamatan pokok2 lain".

Sekian. Selamat Maju Jaya Semua.

HANYA PADAMU.. YA ALLAH

Ya Allah! Ya TuhanKu! Aku menadah tangan memohon keampunanMu. Wahai Allah, sesungguhnya engkau mengetahui segala perbuatanku yang aku lakukan secara rahsia dan perbuatanku secara terang2an.

Ya Allah, Engkau terimalah kealpaanku. Dan Engkau maha mengetahui hajatku, maka kurniakanlah permintaanku. Engkau maha mengetahui apa yang ada di dalam sanubariku, maka ampunilah dosaku.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepadamu iman yang kukuh di hatiku dan keyakinan yang sebenar2nya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau tentukan untukku. Engkaulaulah yang menolongku di dunia dan Engkaulah yang membantuku di akhirat. Matikanlah aku di dalam Islam, di dalam iman dan sertakanlah aku bersama orang2 yang soleh.

Wahai Allah, janganlah Engkau tinggalkan pada aku di tempat yang mulia ini sebarang dosapun melainkan Engkau mengampunkannya. Janganlah Engkau biarkan kesedihan yang wujud di hati ini melainkan Engkau menghapuskannya. Permudahkanlah urusan kami dan lapangkanlah dada kami. terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan kami dengan amalan2 kebaikan. Matikanlah kami di dalam iman, hidupkanlah kami di dalam Islam dan sertakanlah kami bersama2 orang2 yang soleh.

Jauhilah kami dari mendapat kehinaan dan bala bencana.

- AMIN -

SEMUT OH SEMUT

Tengoklah semut berjalan. Hanya pandang ke hadapan. Tak pernah pandang ke belakang. Terus ke depan. Semut oh semut...

Semut hanya serangga kecil. tetapi semangat kesatuannya sangat tinggi. Semut sentiasa sepakat dalam mencari rezeki. Sisa makanan yang berat pun boleh dipikulnya untuk dinikmati bersama. Tak pernah bergaduh atau cemburu antara satu sama lain. Sentiasa sepakat. Pakat rasa menjamah selera. Sikit dibahagi sama sikit. Banyak sama2 dirasa. Tidak ada istilah berebut2 dalam mencari rezeki. Tidak ada istilah kenyang sorang2 ketika makan.

Semut sangat rajin berusaha. Tidak pernah berputus asa. Hidupnya sentiasa berjalan dan bekerja untuk membina kehidupan. Walaupun kecil, semut mampu membina sarangnya yang besar sebagai tempat perlindungannya sekeluarga. Dibinanya sikit demi sedikit, lama2 menjadi bukit. sehingga semut mampu membina istana untuk keluarganya.

Tidak ada istilah putus asa pada semut. Kecewa dan mengalah jauh sekali. Semut cukup sabar.

Semut juga mempunyai sifat berani yang luar biasa. Dia sanggup masuk ke dalam bekas gula untuk mencari makanan kegemarannya walaupun kemungkinan dia akan dibunuh memang ada. Walaupaun ada istilah "Mati semut kerana gula" tetapi hakikatnya semut tidak takut mati. Sebab itu sampai hari ini semut tidak pernah mempedulikan kata2 lama itu. Semut tetap mencari gula, mengerumuni gula, mengusung gula kerana itulah kesukaam hidup semut. Mati itu negatif, jadi semut tidak mahu fikir negatif. sebab itu semut tidak pernah ambil pusing dengan apa pun yang diperkatakan orang.

"Orang hanya boleh bagi pendapat, tetapi untuk hidup aku kena berusaha sendiri." Hidup semut bukan seperti ikan belaan atau kucing Parsi yang makannya dihidang, tidurnya ditatang dan kesihatannya dijaga oleh tuannya. semut mesti berusaha sendiri. menggunakan tulang dan keringatnya. Jika tidak berusaha, mati kempunanlah semut.

Tidak pula semut cemburu dengan binatang lain yang lebih bertuah berbanding dirinya seperti kucing Parsi atau anjing kesayangan tuannya. Tak ada langsung niat di hati semut untuk cemburu kepada kebahagiaan orang lain. Nak mengutuk, nak kata atau nak jampi bomoh kucing dan anjing. Dia bahagia dengan ketentuan hidupnya sebagai semut. Semut gembira dengan segala yang ada pada dirinya. Dan semut menggunakan segala potensi dan kelebihannya untuk hidup senang mengikut caranya.

Semut hanya serangga kecil tetapi memberikan seribu pengajaran jika kita rajin memerhati gelagat dan sifatnya. Contohilah semut.

Kita tentulah lebih baik dan lebih hebat daripada semut malahan dari segala makhluk yang lain sekalipun. Kita umat yang terbaik. Kita khalifah Allah. Allah menciptakan manusia dengan seindah2 kejadian.

Salam kebahagian. Renung dan fikirkan bersama2.

7 TABIAT UNTUK BERJAYA

JOM AMALKAN 7 TABIAT ORANG BERJAYA SEKARANG!

Setiap bab menceritakan tentang satu tabiat seperti berikut:

1. Pro-aktif

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. Mula dengan wawasan di dalam minda.

Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. Utamakan yang utama

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian (solutions) yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian (solutions) yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan (group) mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

KEJAYAAN PERLUKAN UJIAN


OLEH: E-CASH2U

Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. “Gagal” hanya istilah perkataan sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Katakan anda hendak makan supaya kenyang, anda terpaksa melalui beberapa ‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengan tangan ke mulut. Sepatutnya anda terus kenyang sahaja. Menyuap nasi ke mulut ‘kejadian’ yang diperlukan supaya anda makan dan kenyang.

Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti berniat melakukan perkara yang hendak anda lakukan.

Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan katering, anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti kerana seorang rakan baik anda selama ini, entah apa sebabnya mengatakan betapa sukarnya memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan sahaja. Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda, terus melupakannya. Apabila ini berlaku, anda telah gagal. Sebenarnya saat anda berniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti telah tersedia untuk anda.

Jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta untuk melambat atau menggagalkan anda. Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatan kepada anda untuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri anda semasa menempuhi jalan menuju kejayaan tersebut. Ujian ini akan memantapkan diri anda untuk mencapai kejayaan yang anda impikan dalam ertikata sebenar.

Ingat, anda tidak boleh anggap metlamat anda tercapai bagaikan sakti, yang tiba-tiba wujud di depan anda. Anda mestilah melakukan sesuatu sebab untuk melihat akibatnya.

“Nothing Is Imposible, because imposible is nothing”

7 PERKARA MOTIVASI UNTUK ANDA DI PAGI HARI

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata Anda seorang bisnesman, start nak keluar kerja, nak langkah keluar rumah, mulakan dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.Setiap kali mulakan sharing, mulakan dengan Bismillah. Pasang niat Anda mahu berkongsi kebaikkan. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda. Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

TEAMWORK

Apa yang kita boleh lihat di sebalik gambar ini?
Yang besar tolong yang kecil.
Kakak membantu adik.
Tolong menolong.
Bergotong royong
Tidak mementingkan diri sendiri.
Bersepakat.
Bersatu hati.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Kejayaan diperolehi dengan berkerjasama.
Teamwork.
Pengorbanan
Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.
Kasih sayang.
Tiada senang datang tanpa susah dahulu.
Yang kuat membantu yang lemah.
Satu matlamat satu impian.
Strategi
Berdikari
Memberi baru menerima.

ORANG KAYA & ORANG MISKIN

Ramai orang yang menghadapi masalah dalam kewangan mereka, tetapi tidak ramai yang suka dan tidak tahu menyelesaikannya.. kenapa dan mengapa?

Mengikut kajian 95% manusia hidup dalam kemiskinan dan hanya 5% saja yang hidup dalam kekayaan. Ini kerana 95% manusia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh 5% manusia yang kaya ini. Selain itu, kebanyakan manusia hanya mengunakan 3% daripada otak mereka sedangkan tuhan telah menganugerahkan 100% daripada otak mereka untuk berfikir. Kerana itulah hari ini pendapatan yang kita perolehi hanya 3%.

Sebenarnya kita merupakan manusia yang suka mensia-siakan kebolehan yang kita ada ini disebabkan kita sentiasa selesa dengan apa yang telah kita perolehi (comfort zone). Selain itu, kita lebih cenderung untuk membeli liabiliti (duit keluar) berbanding aset (duit masuk) walaupun kita tahu aset yang kita ada hanya gaji sedangkan liabiliti yang kita ada lebih daripada gaji yang kita perolehi.

Renung2kan...

Rahsia Kejayaan: Think BIG oleh Jamal

Alasan & THINK BIG dalam Bisnes Internet

Oleh: En Jamal

Salam sahabat-sahabat semua…

Sudah lama benar saya tak menulis perkongsian dalam blog buruk ini. Almaklumlah, saya ni bukannya seorang pro blogger. Hanya bila ada masa terluang saja baru saya menulis di blog ini. Jangan mare ye…

Hari ini, saya ingin berkongsikan sesuatu yang saya rasakan amat..amat..amat POWER yang mampu membantu memajukan anda dalam dunia perniagaan internet ataupun dunia buat duit online cara halal ni..

Sekarang, memang ramai yang berminat menjalankan bisnes internet di rumah. Tua muda, semuanya berminat. Sebabnya ianya mampu memberikan pendapatan tambahan kepada mereka. Malahan ianya juga mampu memberikan hasil yang berkali-kali ganda dari wang gaji kerja kerajaan yang diterima mereka setiap bulan. Sebab itu ramai yang menceburi bidang bisnes internet ni. Isu ketepuan tak wujud, ini kerana perniagaan internet adalah sangat meluas dan ianya akan berkembang dari masa ke semasa.

Ramai yang telah menjalankan bisnes internet dan ramai juga baru saja nak mencuba. Bukan semua berjaya, ramai juga gagal. Dan ramai juga yang masih takut-takut nak memulakannya.

Dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan hasil tinjauan dan pemerhatian saya terhadap masalah mereka yang gagal dalam menjana duit di internet dan juga mereka yang takut-takut atau baru nak memulakan bisnes internet.. Alasan mereka:

# Saya dah berumur. Tak sempat dah nak belajar semua ni..

Faktor umur memang benar ada sedikit cabaran untuk menjalankan perniagaan internet ini. Mungkin mereka tak ‘CEPAT TANGKAP’ seperti orang muda. Tapi, jika belajar, tidak menjadi masalah. Yang penting sanggup belajar. Ilmu bukan terbatas pada umur-umur tertentu. Muda ke, tua ke..Semakin kita memburu ilmu dan mendapatkannya, semakin tajam akal fikiran kita. FAKTA SAINS telah membuktikannya. Semakin banyak ilmu dicari, semakin tajam akal fikiran kita. Cuba lihat sekeliling kita, terdapat ramai golongan atas umur 40-an yang mencipta kejayaan pada tahap umur itu. Ramai yang menjadi jutawan pada umur ini. Lagi, ada boleh lihat sejarah pengasas Kentucky Fried Chicken – Colonel Saunders yang mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun. Lihat! Umur bukan halangan untuk mencapai kejayaan. Dalam Islam sendiri, umatnya disuruh menuntut ilmu hinggalah ke liang lahad. Maknanya, ilmu perlu sentiasa dituntut walaupun hingga ke akhir hayat kita. Tiada limit masa untuk dapatkan ilmu. Jadi, anda pula bagaimana? Dah rasa cukup berumur untuk mendapatkan ilmu? Jangan begitu ye…

# Saya OKU, susah la…

OKU atau Orang Kurang Upaya jika dilihat memang banyak halangannya untuk menjalankan perniagaan internet. Ada yang cacat kaki, cacat tangan, cacat pendengaran, malahan ada yang buta. Ada ke orang OKU yang jalankan perniagaan internet ini? Tiada ? Siapa kata tiada! Sepanjang 2 tahun saya melibatkan diri dalam dunia bisnes internet ini, saya telah mengenali 3 orang usahawan internet yang dikategorikan OKU tapi berjaya mencipta pendapatan lumayan dari internet. Siapa? Safuan Si Penglipurlara, Master Arsyad dan juga saudara Bad (telah meninggal dunia tahun yang lepas). Mereka ini menjadikan bisnes internet sebagai sumber pendapatan utama mereka! Si Safuan mengalami kecacatan di kaki, begitu juga Master Arsyad yang berkerusi roda. Siapa kata OKU tak boleh jalankan bisnes internet! Mereka dah buktikan..Dengan bisnes internet lah mereka memperolehi pekerjaaan yang mana sukar diperolehi di luar sana.

Ada ke orang buta belajar untuk menjalankan perniagaan internet? Ada! Sahabat saya, Suthan M pernah mengajar perniagaan internet kepada sekumpulan orang buta di pejabatnya. Mesti anda pening kan? Bagaimana orang buta menjalankan perniagaan internet ye? Jika orang OKU menjalankan bisnes internet tapi gagal, ianya boleh diterima lagi. Tapi, jika orang biasa yang mengaku sebagai OKU bagaimana pula?

# Saya ni tiada modal sangat..mana la nak berjaya bisnes internet ni

Alasan ini adalah alasan terbesar yang sering digunakan ramai orang. Modal taknak keluar tapi hasil mahu besar! RM100 pun tak sanggup keluarkan sebagai modal, tapi hasil mahu dapat RM10ribu. Tapi saya agak pelik apabila mereka diajak sertai program penipuan atau skim cepat kaya especially duduk saja dapat duit, laju je mereka laburkan duit mereka. Siap pinjam dengan bank along berpuluh ribuan RM untuk sertainya. Tak perlulah saya sebut apa nama SKIM CEPAT KAYA tu di sini. Sendiri mahu ingat la. Sikap tamak dalam diri menyebabkan mereka ni rugi besar! Saya sering terima aduan mangsa dari subscriber saya (biasanya golongan berumur) yang mengatakan mereka keluarkan ribuan RM untuk sertai program Skim Cepat Kaya mengarut ni tapi takde sesen pun dapat. Mereka ini telah terpedaya dengan kemewahan dan janji pulangan kekayaan dengan segera dari upline mereka. Kesudahannya, UPLINE mereka yang kaya dan mereka yang merana kuciwa. Kesian…Ramai juga pak aji-pak aji yang frust menonggeng dengan SKIM CEPAT KAYA ni..

# Saya ni tak tahu IT…saya tak pakar…

Baru mula memang la tak pakar. Tak perlu menjadi pakar untuk menjalankan perniagaan internet ini. Semua orang bermula dengan tak menjadi pakar. Saya juga bukan pakar semasa memulakan perniagaan internet. Jika nak tunggu jadi pakar, sampai ke tua berjanggut takkan jadi pakar. Apa yang penting sedikit yang anda tahu dan yang anda pelajari, terus saja dipraktikkan. Jika tak dicuba atau dipraktikkan bagaimana pula anda mahu berjaya.

Yang penting, mereka belajar dan berusaha untuk memasarkan internet bisnes mereka. So, lepas ni jangan fikir perlu menjadi pakar untuk menjana income dari internet. Yang penting, pelajarinya, fahaminya dan praktikkannya.

# Saya ni tak cukup masa nak buat bisnes internet ni..

Jika sentiasa memberikan alasan, sampai bila tak akan berjaya. Orang yang gagal atau orang yang NO ACTION sering memberikan alasan masa yang menghalang mereka. Masa tak akan datang mencari anda, anda yang perlu mencari masa. Betul ke takde masa? Mustahil tiada masa langsung! Kenala berkorban sedikit jika masa anda begitu terhad. Mungkin ambil masa sejam dua sebelum tidur untuk memulakan bisnes internet ini. Hujung minggu kan ada masa panjang lagi. Ambil masa terluang untuk lakukannya. Kan ianya juga dapat membantu menambah sumber kewangan anda.

Nak dengar satu cerita kawan saya tak? Henry bukan nama sebenar, berminat menjalankan bisnes internet. Dia pun promot sana sini produk yang disertainya. Dapatla satu jualan. Tapi selepas tu dia give up! Give up selepas beberapa minggu mencuba..Dia stop menjalankan pemasarannya. Bila saya bertanya sebab dia stop usahanya, jawapannya adalah “Aku tak cukup masa lah. Kalau aku cukup masa, boleh aje dapat banyak duit dari internet. Kau boleh la Jamal, kau tidur lewat jam 3 pagi”.

Hahaha..lawak sungguh saya mendengar alasan beliau. Bila masa pula saya tidur jam 3.00 pagi. Saya sewaktu awal pembabitan bisnes internet ini, saya mula jam 9 malam hinggalah jam 11 atau jam 12 malam. Kadang kala lewat sikit sebab banyak main game bola. Hujung minggu biasanya saya tak online! Cuit-cuti Malaysia la katakan. Apa yang penting, dengan masa yang agak terhad tersebut, saya gunakannya dengan penuh berkualiti.

Walaupun masa sejam dua, tapi ianya saya penuhi dengan tugasan-tugasan yang paling penting. Nasihat saya, jangan suka memberi alasan masa, tapi cuba cari masa untuk melakukannya.

# Saya ni banyak tak tahu…

Dah tahu tak tahu, carilah ilmunya. Ilmu tak akan datang jika tak dicari. Pelbagai cara untuk dapatkan ilmu. Nak percuma, cuba saja pergi seminar percuma ke, download ebook percuma ke, baca artikel di blog ke. Tapi yang percuma biasanya tak akan dapat lengkap seperti yang anda mahukan. Nak ilmu lebih lengkap, hadiri seminar atau workshop ke, beli buku ke atau sebagainya. Yang penting, dapatkan ilmu yang dapat membantu anda. Jika pelaburan untuk ilmu pun anda kedekut untuk laburkan, usah mimpikan pulangan berganda yang anda impikan.

Pakar motivasi ada berkata, “Ramai Orang Nak Kaya, Tapi Kedekut Untuk Jadi Kaya”.

Jadi, usah kedekut untuk dapatkan ilmu. Jika anda mampu untuk dapatkannya, dapatkan. Bukan semua ilmu boleh dapatkan secara percuma. Belajar mengaji pun pakai duit, pergi sekolah tuisyen pon pakai duit, pergi sekolah pon pakai duit, masuk U pun pakai duit…Fikir-fikirkanlah..

Itulah celoteh saya serba sedikit..

Selanjutnya, apa yang ingin saya sampaikan dalam penulisan ini adalah bagaimana untuk keluar dari alasan-alasan yang disebutkan di atas. Memandangkan saya ni lebih fokus dalam dunia perniagaan internet sejak Dis 2008, jadi hari ini saya ingin berkongsikan anda satu rahsia bagaimana untuk berjaya dalam dunia perniagaan internet.

RAHSIANYA ADALAH==>THINKING BIG

Berfikiran Besar? Bagaimana tu? Berfikir bagaimana nak besarkan perut ke? Ke bagaimana nak dapatkan bini besar?

Tidak..tidak..tidak…

Berfikiran besar yang saya maksudkan adalah menanamkan cita-cita tinggi dan juga menetapkan matlamat kejayaan dalam apa kerja yang dilakukan. Dalam perniagaan internet ini, amat penting untuk berfikir THINK BIG dalam perjalanan mencapai apa yang ingin anda inginkan.

Semasa saya memulakan bisnes internet dulu, sasaran bulan pertama saya adalah RM1000. Wah! Baru je mula bisnes internet dengan itu tak tahu, ini tak tahu dah impikan untuk jana RM1000? Apa orang kata, saya tak peduli. Itulah sasaran saya. Dan hasilnya, saya tak dapat pun RM1000, tapi dapat RM60. Hehehehe…Dan saya cuba lagi selepas itu, saya masih meletakkan sasaran yang sama pada Januari 2009 iaitu untuk mendapatkan RM1000 yang pertama. Hasilnya, bukan RM1000 saya perolehi, tapi RM3500! Sasar lain, dapat 2.5 kali ganda lebih banyak. Terus saja saya beli laptop dengan hasil jualan sebanyak RM3500 tersebut.

Kemudian, bulan berikutnya, saya sasarkan untuk dapatkan RM5000 pula, dan apabila genap sebulan, kejutan berlaku lagi. Bukan RM5000 saya perolehi, tapi RM16,000. Dan selepas itu, saya terus mensasarkan lebih tinggi daripada apa yang pernah saya capai. Dan Alhamdulillah, hasil mencecah RM100k ke RM125k.

Bagaimana? Hebat bukan dengan berfikiran THINK BIG ni..Dengan berfikiran THINK BIG, kejayaan datang menghampiri kita. Apabila kita berfikiran THINK BIG, secara automatik kita akan:

# Menyingkirkan segala aura kegagalan iaitu takut nak mencuba, malas nak belajar, suka menyalahkan orang lain, takut gagal, dan sebagainya. Apabila aura jahat ini disingkirkan, dengan mudahnya aura kejayaan menyeliputi diri anda.

# Meningkatkan usaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Sebagai contoh, jika seseorang itu mesasarkan RM1000 sebulan dari bisnes internet, beliau pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai matlamatnya. Macam saya juga la, hehehe..sasarkan untuk menjadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi. Kini saya sedang berusaha untuk mencapainya.

# Meningkatkan keyakinan dan menjadikan pemikiran lebih terbuka/positif. Anda akan yakin dengan apa yang anda lakukan. Anda yakin anda akan memperolehi apa yang anda impikan. Dengan keyakinan yang kuat, segala cabaran dan halangan akan ditempuhi dengan mudahnya. Dulu, semasa saya memulakan bisnes internet, saya berfikiran THINK BIG di mana saya akan dapat selesaikan hutang piutang saya dengan segera melalui perniagaan internet. Dan saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Alhamdulillah, tak lama selepas itu saya berjaya melangsaikan segala hutang piutang saya dengan sekaligus. Bagaimana untuk membangunkan keyakinan anda? Fikirkan kejayaan, ingatkan diri kita adalah lebih hebat dari yang kita sangka dan fikirkan perut besar matlamat besar.

Sebenarnya, banyak lagi keistimewaan THINK BIG ini. Tak larat dah saya nak menaipnya di sini. Hehehe. Lain masa, ada masa, insyallah kita akan sembang-sembang lagi berkenaan tajuk THINK BIG ni.

Sekian saja dari saya, semoga ianya bermanfaat.

- JAMAL -

* tengkiu mr jamal atas perkongsian ilmu ini...