SETIAP ORANG INGIN MENCARI WANG

(Perkongsian hebat dari salah seorang pemimpin yang berjaya dalam industri network marketing).

Mencari wang? Untuk apa? Untuk perbelanjaan seperti makanan, pakaian, pendidikan, kediaman dan sebagainya. Untuk menyara kehidupan seperti pengangkutan, kesihatan, kenderaan dan sebagainya. Untuk mencari kesenangan seperti peralatan rumah, perabot, komunikasi, media, pendidikan dan sebagainya. Untuk memberi kelegaan seperti rawatan kesihatan, kehidupan yang lebih sempurna, kehidupan yang lebih selesa dan sebagainya.

Untuk memberi kebahagiaan seperti perkahwinan, memberi kepada isteri, anak2, ibu bapa, membantu adik beradik, saudara mara dan sebagainya. Untuk memenuhi kewajipan seperti haji, umrah, zakat, sedekah, amal jariah dan sebagainya. Untuk mencari ilmu, pendidikan dan meningkatkan kualiti diri seperti masuk tadika dan sekolah, universiti dan kolej, tusyen, menghadiri kursus, seminar, traning dan sebagainya.
Untuk memenuhi impian seperti melancong, kereta yang lebih selesa, pakaian berjenama, handnag yang mewah, kediaman sempurna dan sebagainya. Untuk memenuhi jaminan masa depan seperti aset, ladang, rumah, insuran, pencen, simpanan, pelaburan dan sebagainya.

Untuk menunaikan kewajipan dan tuntutan kepada masyarakat seperti rumah anak yatim, golongan OKU, rumah amal, masjid, surau, sekolah dan sebagainya.

Cukupkah semua itu dengan makan gaji sahaja? Cukupkah sekadar mengharapkan gaji sekali sebulan semata2? Cukupkah sekadar menunggu bos bayar sahaja? Cukupkah dengan overtime sahaja? Cukupkah dengan menanti kenaikan gaji RM 50 setahun sekali sahaja? Cukupkah dengan menunggu pemberian bonus tahunan hujung tahun sahaja?

Cukupkah gaji RM 1500 sahaja? Cukupkah dengan pendapatan RM3000 sahaja? Cukupkah dengan upah bulanan RM5000 sahaja? Bagaimana rajin pun bekerja, banyak tu juga. Selesakah kehidupan kita? Sempurnakah kehidupan isteri dan anak2 kita? Berapa banyak pula yang kita berikan untuk ibu dan ayah kita? Berapa pula yang mampu kita berikan untuk mertua kita? Bilakah kita nak menunaikan haji? Tunggu pencen? Kenapa tidak kita tunaikan sekarang? Ketika kita masih muda? Berapakah simpanan yang kita ada? Berapa insuran kesihatan dan perlindungan untuk kita sekeluarga? Andainya kita memerlukan rawatan kesihatan bernilai RM100 000, kemanakah kita mahu meminta? Apakah persediaan kita untuk pendidikan anak2 kita? Apakah yang akan kita tinggalkan untuk isteri dan anak2 seandainya kita meninggal dunia hari ini? Bagaimana pula dengan nasib anak2 kita seandainya kita meninggal suami isteri? Apakah anak2 kita akan berpindah dan menghuni rumah anak2 yatim?

PELUANG ini datang kepada anda untuk membantu membuat persediaan mencari wang sebagai memenuhi segala keperluan dan tuntutan hidup yang sebegitu besar melalui wang. "Wang bukan segala2nya" bukan lagi kata2 yang boleh kita pegang di dalam kehidupan hari ini. Ini adalah kata2 daripada orang yang lemah jiwa, miskin fikirannya dan kecil impiannya.

Kita cuba tukarkan "Tiada wang kita tiada segala2nya" Hidup bukan untuk meminta2. Tetapi hidup jika tidak berwang, pergi ke mana diri terbuang. Sebagai rakyat Malaysia yang kaya raya, kita tidak boleh miskin. Kita mesti menjadi orang yang kaya. Tidak salahkan.

Bagaimana mengubah kehidupan, menjana pemikiran, upgrade diri dan membawa kebahagiaan? Melalui zaman tidak berwang telah saya lalui. Hidup susah kerana wang secukup hidup telah saya alami. Menyambung pengajian ijazah kemudian master untuk mencari kenaikan gaji juga telah saya rasai. Membuat pelbagai kerja tambahan untuk mencari duit lebih telah saya lakukan. Menjual pelbagai produk melalui syarikat jualan langsung juga telah saya jalani. Masuk pelbagai jualan langsung, jual pinggan mangkuk, pyrex dan tupperware juga telah saya rasai. Tetapi kehidupan ini bukannya mudah. Segalanya berbeza apabila saya bersama sebuah syarikat ini. Saya meniti pengalaman demi pengalaman untuk mencari wang. Kemudian sedikit demi membina kehidupan yang lebih baik, kemudian menjadi orang yang mempunyai wang yang banyak. Semua telah saya alami. Mereka datang kepada saya dan kepada anda untuk membawa sinar harapan. Membawa zaman yang lebih baik dan cemerlang. Membawa kehidupan yang lebih bermakna. Bukan kaya raya tetapi kehidupan yang jauh lebih baik daripada dahulu.

Salam kekayaan.

- TAMAT -

NO CBEG



APA ITU CBEG ?

C... Complain
B... Blaim
E... Excuses
G... Gossip

Apa yang kita dapat jika asyik menyalahkan orang lain? Kita tak berjaya upline yang tak tolong? Bisnes kita tak jadi kerana upline kita teruk? Network kita tak kembang kerana downline kita mati? Kita gagal kerana downline yang tak nak bergerak? Kita tak naik kerana group kita tak inovatif? Bonus kita kecik kerana semua orang dah buat bisnes ni? Bonus kita kecut kerana semua orang dah join? Orang tak nak masuk kerana strategi kita tak betul? Orang tak nak beli kerana produk kita mahal? Berhentilah menyalahkan orang.
Ingat, satu jari menuding kepada orang lain, 4 jari lagi menuding kepada diri kita sendiri. Tak lain yang kita dapat kecuali merosakkan nama baik kita sendiri. Bergeraklah. Bertindaklah.

NO CBEG - NO THINK MONEY ONLY

Keluar dari kepompong negatif. Masuk kepada kepompong positif. Jom kita banyakkan sembang pasal peluang. Kita sibukkan dengan busines busines busines. Kita sibukkan bercakap pasal B.O.P. Kita sibukkan pasal kehebatan produk. Kita sibuk pasal dana dan modal. Kita sibukkan pasal seminar memajukan diri. Kita sibukkan cari prospek baru. Kita sibukkan bercakap tentang siapa yang akan naik bulan ini. Kita fokus kembali kepada panglima2 kita ... di mana mereka?

Kita sibukkan tentang membina group kita satu Malaysia di Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, K.Lumpur, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Malah Brunei, Thai dan Singapura. Baru POWER!

Jom jom jom! kita cipta kejayaan baru. Kita bawa sinar baru. Kita cerita tentang harapan baru. Kita buka cerita baru. Kita buka tirai baru. Kita hamparkan DIMENSI BARU.

I LOVE MY LIFE. I LOVE MY FAMILY. AND I LOVE ALL ALL OF YOU

ELAKKAN FIKIRAN NEGATIF



Alhamdulillah! Hari ini bila buka balik koleksi buku aku. Aku jumpa satu makanan untuk minda aku. Habis baca aku rasa sedikit tenang dan seronok jalankan tugas aku. Aku kongsikan untuk anda semua. Semoga berguna untuk semua ke arah yang lebih gemilang. Love them anyway, who ever they are, what ever they do. Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu. Apa kita fikir, kita lihat. Apa kita fikir, kita buat. Apa kita fikir, itulah KITA. Love ASRI
________________________________________________

 ELAKKAN FIKIRAN NEGATIF

OLEH: SHUEQRY

Elakkan perkara-perkara berikut supaya Anda tak dijangkiti penyakit fikiran negatif.

1. Elak bercakap pasal hal orang lain.

Dah banyak kali saya ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia selalu berlaku di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka. Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda Anda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2. Menyimpan dendam lama-lama.

Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.

3. Jadi terlalu sensitif.

Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika Anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan diri Anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam.

Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda akan sentiasa bermasalah selagi Anda masih tak mahu berubah.

"Pecahkan rekod terbaik diri. Tukarkan masalah kepada peluang"

BILA DAH JOIN, APA PERLU SAYA BUAT?



TAHNIAH kerana memilih bisnes ini. Soalan seterusnya. Bila dah join apa yang perlu saya buat. How to S.T.A.R.T ? Terima kasih untuk yang bertanya... Baiklah! saya akan jawab di sini supaya semua orang boleh tahu dan tiru. Follow the system. Kita kupas perkataan S.T.A.R.T...

S - Starter order - bermaksud modal permulaan anda. Tak kisahlah pakej mana anda pilih. Paling penting anda join. Maka anda sudah layak untuk menjana pendapatan anda. Lakukan step kedua pula iaitu...


T - Top '20' List / Tabung prospek - untuk memudahkan perjalanan bisnes anda, sila senaraikan 100 ke 500 nama, lokasi dan no hp kenalan2 anda. Dalam bisnes atau apa saja pekerjaan jika kita rancang dengan teliti maka ia akan jadi mudah. Tujuan kita senaraikan list prospek ini adalah untuk memudahkan kita mengenalpasti 20 sasaran terbaik kita untuk ditawarkan sebagai bisnes partner kita. Sudah pasti kita tak mahu sebarangan orang jadi bisnes partner kita. Kita nak yang terbaik. Dari 20 yang terbaik itu kita hanya perlukan 2 orang saja. Jika kita sharing peluang ni dengan 20 orang sudah tentu 2 orang akan join. Teori kebarangkalian 10%.

A - Activities - bila dah ada prospek list mudahlah untuk kita lakukan aktiviti, menggunakan formula 4'S iaitu
----- Sharing (berkongsi cerita), kerja kita sharing jer, itulah marketing, kongsi info kelebihan join bisnes ni dan kehebatan produk
----- Sponsoring /selling (menaja/menjual), sponsoring atau rekrut mereka yang minat jadi ahli/ tambah pendapatan, dan selling kepada mereka yang tak minat buat bisnes tapi nak guna produk, ingat mesti sharing peluang dulu, jika dia tak nak join baru jual produk sebagai sinambungan untuk sponsoring back (menaja kembali), opportunity first, product follow..
----- Servicing (bantuan khidmat/follow-up), jika mereka join ahli bantu/ajar mereka bagaimana nak dapatkan rakan niaga, follow S.T.A.R.T ni. Ajarkan bagaimana cara berkongsi dan close new member.. jika mereka hanya guna produk, follow up kesan penggunaan produk, kadang2 mereka yang terkena tindak balas produk akan rasa takut, sokongan anda diperlukan ketika itu, untuk cool kan customer supaya terus pakai, follow up juga penting agar mereka yang berpuas hati dengan produk boleh kita close semula sebagai ejen/ ahli pula. Telefon selepas 3 hari mereka guna poduk..
----- Schooling (belajar), ramai orang bagi alasan, tak pandai nak cerita, tak pandai cakap, itulah, inilah, macam2, jadi untuk pandai kenalah belajar, jika anda cepat belajar maka anda akan cepat berjaya, belajarlah dengan mentor anda, buku2, video dan sebagainya. Belajar melalui pengalaman lagi bagus, bertindak akan bagi anda ilmu baru. Anda boleh belajar di meeting mingguan, seminar kepimpinan bulanan, advance leadership seminar, rally penganugerahan, dan macam2 cara jika kita nak berjaya...

R - Review and planning - Gambarkan impian anda dan rancang bagaimana nak dapatkannya. Setelah melakukan aktiviti, kita akan nampak di mana kekurangan dan kelebihan. Post mortem balik kenapa jadi begitu. Yang baik kita ambil sebagai pendorong, yang tak baik kita ambil sebagai pengalaman, seeloknya buat perancangan dengan upline mentor anda supaya lebih nampak jelas perjalanan anda, mentor anda sudah tentu berpengalaman dalam setiap aktiviti yang berlaku kepada anda, review balik dan plan balik ikut semasa...

T - Target & Tool - pastikan anda ada target untuk anda tuju. Target atau matlamat ini penting agar perjalanan anda lebih berarah. Jika tidak anda akan buang masa anda. Target juga akan membantu membina momentum anda dalam bisnes ini. Tool pula adalah bahan dan alatan sokongan untuk memudahkan anda menjalankan bisnes, misalnya proposal, bisnes kad, gambar2 produk atau buku produk, borang ahli, majalah, keratan akhbar, contoh statement income dan lain2 lagi yang anda sesuai...

Jadi jika ditanya apa anda perlu buat lepas join inilah perkaranya... Jangan lupa kita nak 2 orang rakan niaga bawah kita, kita nak duplikasi system atau formula setiap orang cari dua orang... maka jika anda buat START ini pasti kerja anda untuk mendapatkan dua orang akan menjadi lebih mudah. Jadi follow the system... insyaallah kejayaan pasti di tangan anda!

Sebarang pertanyaan boleh inbox terus kepada saya...

Kaya satu pilihan dan miskin juga satu pilihan.

RAHSIA BERFIKIR & BERJIWA BESAR

Ramai antara kita orang-orang berjiwa KECIL, merasa selesa dengan keKECILan kita sendiri. Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam keKECILan, dikelilingi komuniti orang KECIL, berkawan dan bermasyarakat dengan orang-orang berjiwa KECIL. Lalu kita pun sebatilah dengan keKECILan itu sehingga tidak lagi melihat yang BESAR-BESAR dan tidak termimpikan yang BESAR-BESAR..kerana yang BESAR-BESAR itu bukan hak orang KECIL, tapi hak orang BESAR”

KETAHUI HAKIKAT SEBENAR

KEKAYAAN LEBIH INDAH DARI MISKIN...hadis riwayat IMAN AL-HAKIM bahawa kekayaan adalah suatu yang di tuntut, tetapi haruslah dengan kembaran `BINA KEKAYAAN & BINA KETAKWAAN` . Sebagaimana sabda nabi yg diriwayatkan IBNU MAJJAH- tidak ada mudarat dalam harta bg mereka yang bertakwa.. membina kekayaan di atas kekayaan org lain adalah satu falsafah membina kekayaan yang mulia...

JANGAN SESEKALI KITA JADI ORG YG SUSAH (MISKIN), JUSTERU MENYUSAHKAN ORG.. JADILAH ORG SENANG (KAYA),JUSTERU MENYENANGKAN ORG LAIN..TANGAN DI ATAS YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YG DI BAWAH YG MENERIMA...
gunakan kekayaan yg diperolehi untuk memakmurkan bumi tuhan ini, tapi tidak mungkin kita dapat kita lakukan jika kita warisi kemiskinan keluarga.. binalah kekayaan sekarang.. sesungguhnya kekayaan sangat INDAH...

We Share, U Decide :

AWARENESS BEFORE CHANGE! SEDAR SEBELUM BERUBAH!

Kajian kami menunjukkan bahawa setiap orang hari ini memang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. 80% hidup dalam keadaan kesempitan. Bertopengkan "keselesaan" berada pada Zone Selesa tetapi hakikatnya langsung tidak pernah merasai keselesaan. 20% lagi hidup sebagai orang kaya dan sangat kaya. Kenapa mereka kaya dan sangat kaya adalah apabila mereka sedar mereka perlu jadi kaya! Mereka mempunyai kesedaran yang kuat! Awareness Before Change! Akhirnya mereka kaya dan seterusnya menjadi sangat kaya! Anda juga boleh jadi kaya jika anda mempunyai kesedaran2 ini iaitu mulai sedar bahawa anda...

- ingin 'clear'kan hutang yg bertambah keliling pinggang...?
- ingin TAMBAH PENDAPATAN sendiri dan keluarga...?
- ingin BALAS JASA MAK AYAH (sementara masih ada)
- sedar bahawa pinjaman PTPTN tak abih bayar lagi..?
- ingin UBAH KEHIDUPAN menjadi LEBIH BAIK dan SEMPURNA...?
- dah TAK SANGGUP lagi melihat ANAK2 DERITA kerana ANDA...?
- ingin BANTU MAK AYAH yang DAH LAMA hidup susah...?
- ingin HANTAR MAK AYAH pergi MEKAH buat HAJI / UMRAH...?
- ingin KUMPUL KEKAYAAN untuk MASA HADAPAN...?
- sudah BORING MENGANGGUR dan MENYUSAHKAN MAK AYAH...?
- sudah BORING makan GAJI dan DUIT TAK PERNAH CUKUP selalu...?
- terlalu BOSAN sangat dengan BIROKRASI TEMPAT KERJA...?
- rasa sampai bila NAK KAYAKAN BOSS jer...!!!
- inginkan PERSEDIAAN tak lama lagi dah NAK BERSARA...?
- MAHU JADI USAHAWAN BERJAYA & KAYA..DAH SERIK HIDUP SUSAH...?

INGIN BELI RUMAH IDAMAN, KERETA IMPIAN, BARANG KEMAS TERKINI, BANTU ORANG MISKIN, BAWA KELUARGA MELANCONG!

"DUIT BUKAN SEGALANYA TAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT..... MANJADDA WAJADDA - SIAPA BUAT DIA DAPAT"

* Kaya satu pilihan. Miskin juga satu pilihan. Kenapa pilih untuk jadi miskin? Kita sanggup bekerja keras (walaupun upah / gaji kecil) untuk kayakan orang lain TETAPI kenapa kita tak sanggup AMBIL RISIKO kerja keras untuk kayakan diri kita sendiri?

SETIAP ORANG ADA HAK UNTUK HIDUP SENANG...

" Jika kita inginkan perubahan, kitalah yang perlu berubah...berubah pemikiran dan berubah tindakan...jika kita melakukan perkara yg sama setiap hari, maka kita akan mendapat hasil yg sama setiap hari..."

"SATU ANJAKAN MENGUBAH MASA HADAPAN"

dapatkan perkongsian percuma daripada saya, bagaimana caranya kami buat duit hari2. Saya tak kisah jika anda tak percaya kerana itu HAK ANDA. Saya sudah lihat ramai mereka yang berubah melalui peluang hebat ini. Yang percaya terus buat duit... dan yang tak percaya terus buat alasan dan komplen duit tak pernah cukup.. marahkan boss esok awal2 lagi pergi kerja balik. Sekurang2nya tahniah saya ucapkan kepada anda kerana sudi baca perkongsian saya ini hingga habis. Semoga Allah beri hidayah untuk anda walaupun bukan dalam perniagaan ini. Jom keluar dari tempurung kita. Sesungguhnya di luar sana lebih indah dari dalam tempurung ini... yang positif dan benar2 ingin berubah sahaja!

MODAL KECIL UNTUNG BESAR!

Assalamualaikum! Izinkan saya untuk berkongsi satu peluang hebat kepada anda yang positif2 belaka. Mahukah anda jika saya dapat tunjukkan anda satu jalan untuk anda berubah hidup pada masa depan ke arah yang lebih baik? Jika jawapannya TIDAK! Anda boleh berhenti membaca setakat ini sahaja. Jika jawapan anda adalah YA! Sila teruskan bacaan anda kerana anda akan didedahkan dengan satu ideologi alaf baru untuk hidup senang dalam bahasa lain adalah hidup sebagai ORANG KAYA BARU!

Tuan2 dan Puan2! Kata orang tua2 kita.. kalau nak kaya mesti berniaga! Hadis juga mengatakan 9/10 pintu rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Oleh itu kenapa tunggu lagi. Jom kita mula berniaga dari sekarang. Persoalannya perniagaan yang macamana kita mahu mulakan. Nak jual apa. Berapa modalnya. Dan macam2 lagi perlu kita fikirkan. Menurut kata guru saya, perniagaan boleh dibahagikan kepada 4 kelompok besar iaitu..

PERTAMA: perniagaan yang biasa kita lihat, modalnya besar, risiko besar, untung juga besar! contohnya yang jenis buat loan bank 1, 2 juta punya seperti syarikat2 properties. Mana nak cari modal banyak tu... Modal besar untung besar!

KEDUA: perniagaan yang bersifat francais, yang sudah terbukti keberkesanannya! biasanya modalnya juga tinggi tapi untungnya pula kecil... modal besar untung kecil!

KETIGA: Modal kecil untung kecil macam lah mereka yang berniaga di pasar malam tu. Modal kecil jer seratus dua jer. Tapi untung nyer juga seratus dua jer... mmm... menarik gak ni... dan yang

KEEMPAT:.... MODAL KECIL UNTUNG BESAR! Wah ini lagi best. Modal biasanya orang keluar antara RM100 ke RM3000 lebih jer. Tapi potensi income dia boleh pergi hingga RM puluh2 ribu ke RM juta juta sebulan! Pelikkan. Itulah namanya power of network marketing! Kalau kita tanya siapa2 pun mesti lah dia nak yang modal kecil tapi untung besar! dan ini memang benar sudah ramai yang mencapainya!

JOM BUAT BISNES DENGAN KAMI SBG EJEN TEAM STRIKERS!

Kami tawarkan kepada anda satu peluang untuk dengan modal KECIL tapi untung BESAR! Anda hanya perlukan modal permulaan perniagaan anda serendah RM100 sahaja. Anda akan mendapat produk bernilai lebih dari harga modal sebagai gantian wang anda.

Produk2 ini menjadi "tool" untuk anda berjumpa kenalan rapat anda! Bagaimana bisnes ini boleh bagi untung besar kepada anda. Selain daripada berkongsi produk anda juga boleh berkongsi peluang bisnes kepada orang ramai. Setiap kemasukan ejen baru dalam rangkaian anda, maka anda akan mendapat bonus! Potensi bonus mencecah RM1200 sehari / RM36,000 sebulan.

Bagaimana caranya... susah nak cerita dalam ni... kena lah jumpa dulu kat mana2 senang saya nak tunjukkan...

sekian terima kasih

PERANCANGAN UNTUK BERJAYA SEBAGAI SEORANG USAHAWAN

Ramai inginkan kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Tapi tak ramai yang merancang untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini itu. Ramai motivator berpendapat bahawa "jika anda gagal merancang, anda sebenarnya sedang merancang untuk gagal". Oleh itu anda patut terima kegagalan itu kerana anda sememangnya sedang merancang untuk gagal. Bagi anda yang tidak mahu gagal sudah semestinya anda telah merancang perjalanan menuju kejayaan anda. Di sini saya kongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada untuk merancang ke arah menjadi seorang usahawan yang hebat!

BINA DIRI

Ramai orang ingin jadi seorang usahawan yang berjaya tetapi imej dan sikap tak nampak pun macam seorang usahawan yang nak berjaya. Kita kena ingat produk pertama yang kita akan jual adalah diri kita. Pandangan pertama prospek akan menentukan sama ada dia akan jadi pelanggan kita atau tidak. Jadi ingat persediaan awal adalah bina diri kita terlebih dahulu. Perkara mudah yang boleh kita buat tapi tak mampu kita buat adalah nak bina imej sebagai seorang usahawan sejati. Contohnya berapa orang yang sanggup pakai seluar slack, baju kemeja dan bertali leher. Ini adalah imej usahawan berjaya. Nak berjaya tiru jer bagaimana usahawan2 berjaya pakai. Selain itu berapa orang yang sanggup pupuk sikap seperti usahawan teragung dunia ini iaitu Nabi Muhammad SAW. Sikap baginda adalah sikap yang terbaik di dunia iaitu Sidiq (benar), Amanah (amanah), Tabliq (penyampai) dan Fathonah (bijak). Nak berjaya ikut dan tiru (senang jer) orang yang berjaya, nak gagal ikut dan tiru orang gagal.

SET MATLAMAT ANDA

Matlamat adalah sama dengan destinasi yang anda hendak tuju. Jika anda tidak mempunyai destinasi yang hendak anda pergi sudah tentu anda akan sesat di tengah jalan. Pada kebiasaannya matlamat atau impian anda mestilah jelas dan boleh diukur. Bukannya sesuatu yang global. Contohnya matlamat saya nak berjaya. Berjaya yang macamana? terlalu umum dan sukar untuk kita capai. Matlamat biar nampak dan jelas contoh saya nak income RM5000 dan ke atas sebulan bermula 3 bulan dari sekarang. Start bulan Jun ni income saya RM5000 dan ke atas setiap bulan. Contoh lain, matlamat saya adalah saya akan memiliki sebuah kereta ESTIMA 3.0 warna hitam enam bulan dari sekarang iaitu pada 1/9/2015 ini. Wah siap ada tarikh lagi! Lagi jelas matlamat kita maka lagi mudah untuk kita capai.

RANCANG STRATEGI

Dalam peperangan atau pertandingan, strategi memainkan peranan penting untuk sesebuah pasukan atau individu itu menang. Jika tidak anda mungkin akan keletihan kerana tindakan anda akan menjadi membabi buta. Kadang2 kita tengok orang lain mudah saja mendapatkan sesuatu tapi kenapa kita susah. Ini kerana kita tak merancang strategi. Contohnya jika anda sudah ada matlamat, anda perlu tahu bagaimana nak mendapatkan matlamat anda itu. Ingat kembali cerita sang kancil dengan buaya bagaimana sang kancil menyusun buaya untuk dia sampai hujung sungai mendapatkan rambutan. Itu adalah strategi. Dalam mana2 bisnes biasanya strategi sudah tersedia hanya tunggu untuk diselaraskan dengan impian anda saja lagi. Ibarat kata pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Segalanya terletak pada anda. Nak berjaya ikut cara orang berjaya. Nak gagal dengar nasihat orang gagal.

DAPATKAN SEORANG MENTOR

Mentor adalah sebagai jurulatih dan orang yang akan mengawal anda jika anda terlari sasar. Mentor penting kerana kita tak dapat melihat diri kita tapi orang lain boleh lihat. Mentor biarlah orang yang ada kaitan dengan line anda. Biarlah orang yang dah berjaya, lebih bagus. Jangan tersalah pilih mentor nanti sesat. Mentor biarlah seorang jangan ramai nanti jadi macam kapal banyak nakhoda. Last2 tercabut stering. Bila ada mentor kenalah ikut cakap mentor. Tak guna lantik mentor tapi tak mahu ikut nasihat mentor. Nak berjaya ikut nasihat orang berjaya. Nak gagal dengar nasihat orang gagal.

GUNA KELEBIHAN DIRI SENDIRI

Ramai orang ada kelebihan diri tapi tak mahu gunakannya. Ada yang pandai berpidato tapi takut nak bercakap dengan orang. Ada orang kawan ramai tetapi bimbang nak kongsi peluang dengan kawan2. Ada orang pandai melukis tapi malas nak buat fliers. Masing2 ada kelebihan diri jadi gunakanlah untuk membantu diri anda dalam menjayakan bisnes anda. Anda lagi tahu apa kelebihan anda. Fikirkan apa 2, 3, 4 kehebatan dan cuba sesuaikan untuk bisnes anda. Contohnya dulu miskin sekarang dah senang sikit jadi kongsilah pengalaman itu kepada orang lain. Anda hebat dalam fotografi... sesuaikan... anda kawan ramai... sesuaikan... anda hebat dalam lakonan... sesuaikan... anda hebat dalam muzik... sesuaikan.... anda hebat dalam pentadbiran dan pengurusan... sesuaikan... bermacam2... anda guru plkn,

PERCAYA, YAKIN DAN BERTINDAK

Akhir sekali anda mesti percaya dan yakin dengan apa yang anda rancang, percaya dan yakin dengan apa yang anda buat, percaya dan yakin anda akan capai matlamat anda, mestilah disertai dengan tindakan. Anda hebat, mentor anda hebat, perancangan anda hebat, matlamat anda jelas tapi jika anda tidak bertindak sudah tentu apa pun anda tak kan dapat. Jadi ingatlah pesan saya... percaya + yakin + tindakan = hasil... sukses!
.

JIKA FIKIR SENANG MAKA JADI SENANG! JIKA FIKIR SUSAH MAKA JADI SUSAH!

Satu perkongsian yang boleh diaplikasikan dalam bisnes dan juga dalam kehidupan harian. Benarlah kata mereka, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bagi mereka yang sudah lam hidup dalam masyarakat negatif akan turut jadi negatif dan jika mereka itu hidup dalam masyarakat positif mereka akan jadi positif. Buktinya apa bila keluarnya keputusan peperiksaan SPM atau STPM zaman kita sekolah dulu. Bagi yang belajar di sekolah biasa hanya ada beberapa orang sahaja yang akan dapat cemerlang tapi bagi sekolah2 asrama penuh pula hanya ada beberapa orang sahaja yang dapat tak elok. Inilah kuatnya pengaruh persekitaran kita. Ramai orang melihat kejayaan itu apabila ada pencapaian. Tapi tahukah anda bahawa nikmat yang sebenar adalah terletak pada prosesnya. Buktinya kita akan lebih ingat hari2 sekolah kita berbanding hari kita ambil result tu.

Berbalik kepada bisnes kita. Hari ini aku mendapat satu soalan killer dari seorang prospek yang bertanyakan tentang bisnes ini. Kemudian ditambah olehnya satu kenyataan "semua orang nak kaya tapi nak jual dan cari orang tu yang jadi masalah". Menarik kenyataan ini. SUSAH NAK CARI ORANG... dan TAK PANDAI MENJUAL.

MASALAH NAK CARI ORANG

Bila sebut pasal bisnes mesti kena ada orang. Contohnya ada tak orang yang nak buka kedai makan, dia pergi buka kat dalam hutan yang takda orang. Mesti takda kan. Dia mesti buka di tempat yang ada orang. Begitulah juga dengan bisnes2 yang lain mesti ada orang. Namun dalam bisnes ni anda tak perlu pun cari orang. Anda hanya perlu cari RAKAN NIAGA. Anda hanya perlu berjumpa orang yang anda kenal kemudian "sharing" tentang bisnes ni kepada mereka. Nyatakan apa keistimewaan yang mereka 'boleh dapat' jika mereka jadi ejen bersama anda. Jika mereka tak mahu, itu hak mereka. Anda berkongsi pula dengan kenalan anda yang lain. Mengikut kepada FAKTA setiap orang sekurang2nya mempunyai kenalan lebih 500 orang. Kalau anda tidak percaya anda lihat jika seseorang itu buat kenduri kawin berapa orang dia akan panggil datang ke kendurinya? Paling kurang pun 500 orang. Betul tak? Jika seorang dua tak mahu biarlah. Anda nak cari 2 ke 10 orang jer. Jika anda hanya dapat dua orang saja pun anda sudah ada potensi untuk menjana income mencecah RM20,000 sebulan dalam bisnes ni. Jadi kalau anda rasa nak cari 2 orang adalah masalah bagi anda, maka anda lupakanlah RM20,000 sebulan tu.

BAGAIMANA NAK CARI ORANG

Dulu saya juga adalah orang yang tak suka cari orang. Jadi saya sharing ja dengan siapa saja yang saya jumpa. Tapi bila saya tahu caranya, "saya dah tak cari orang lagi". Sekarang saya hanya cari rakan niaga saja. Saya buat list dan saya pilih siapa yang saya akan jumpa dan "OFFER" bisnes ni kat dia. Orang tu pula mestilah ada ciri2 yang saya nak. Takkan nak ambil orang sebarangan untuk jadi "Bisnes Partner" kot. Lu pikir lah sendiri kata nabil. Saya buat perancangan dengan teliti. Sebab tu bisnes saya grow dengan baik. Kesimpulannya takda benda yang susah sebenarnya dalam dunia ini. Kita yang buat benda tu jadi susah. Kita sendiri yang cipta "penjara" untuk diri kita. Jai jika anda fikir susah maka jadi susah lah. Jika anda fikir senang maka ia akan jadi senang.

MASALAH NAK JUAL BARANG

Jika kita fikir itu satu masalah maka ia akan jadi masalah lah kepada kita. Dalam dunia ini siapa yang tak pernah menjual. Semua orang membuat jualan setiap hari. Setiap hari kita jual cerita "aku tak tahu menjual" dan peliknya sampai hari ini orang percaya bahawa kita tak tahu menjual. Hebat sungguh cara kita jual cerita kita tu. Paling pelik apabila saya berjumpa dengan seorang sale girl di salah sebuah supermarket. Dia juga kata dia tak tahu menjual. Aduh! Pening saya dengan alasannya itu. Hukum Tuhan mengatakan jika kita selalu mendoakan suatu perkara itu, maka akhirnya Dia akan bagi juga kepada kita. Dan setiap hari kita doa "aku tak tahu jual" maka akhirnya termakbul juga doa kita tu... baru padan dengan muka kita. Jangan fokus masalah tak tahu menjual tapi fikirlah bagaimana nak gerakkan barang anda itu. Anggaplah seperti anda makan gaji dengan orang, mesti anda boleh jual sebab anda kerja dengan orang.

BAGAIMANA NAK JUAL

Mudah saja sebenarnya. Kalau anda rasa anda orang yang sangat lemah dalam jualan. Maka JANGAN JUAL. Jadikan barang anda itu sebagai 'tool' atau alat untuk anda tunjukkan kepada orang sahaja. Setiap kali anda jumpa orang anda jadilah tukang cerita manfaat dan kegunaan barang tu kepada prospek anda. Belajar guna kaedah "create masalah" kemudian "cadangkan penyelesaiannya". Contohnya, ceritakan info "apa kesan oksidan terhadap kesihatan kita", setiap hari kita duduk dengan orang merokok, setiap hari kita makan buah dan sayur yang diracun, setiap hari kita guna alat make up berkimia bla bla bla... dan ceritakan apa kesannya pada tubuh badan manusia... penyakit yang bakal dihidapi... dan lain2. Kemudian cadangkan cara penyelesaian kepada dia... just sharing info... dan tunjuk lah barang anda. Itulah tugas seorang doktor, itulah tugas seorang penjual insuran, itulah tugas seorang mekanik... dan lain2. Mereka sharing info kemudian mereka selesaikan masalah... ITU LAH BISNES... Kesimpulannya jangan jual tetapi cerita saja, jika mereka nak anda buatlah sitem pertukaran barang dengan duit...

Satu kaedah lagi anda boleh guna cara lagi mudah iaitu dengan mengdarkan risalah, flier, poster dan lain2 iklan lagi... ini kaedah pembeli cari penjual. Mereka yang nak beli akan call anda... mudahkan? Jika anda fikir mudah maka segala kerja jadi mudah. Ingat tu... Akhir sekali untuk pengetahuan anda juga, dengan jualan ini juga kadang2 membantu anda untuk mendapatkan ejen baru dalam rangkaian anda yang seterusnya akan menjadi bisnes partner anda...

JIKA DIBERI PILIHAN, MANA PILIHAN ANDA? NAK KAYA atau NAK MISKIN? 
(Mesti jawapan nya nak kaya!)

Kata guru saya, "kalau awak nak kaya, awak mesti buat begini..." dan "jika awak nak susah awak buat begitu..."

Saya tanya dia balik, "begini tu bagaimana?"

Katanya "kalau awak nak kaya, awak mesti buat cara mana mereka kaya buat. Hukum pembalasan sudah ada jika awak rajin awak akan dapat hasil yang banyak, maka awak akan jadi kaya. Begitu juga sebaliknya, jika awak malas lawannya awak kurang dapat hasil, silap2 tak dapat langsung, maka anda akan jadi miskin".
"jadi awak buatlah pilihan awak, jika anda lihat masalah itu sebagai halangan untuk anda, maka anda akan berhenti di situ, dan berpatah balik saja tanpa sebarang perubahan dalam hidup anda. Tetapi jika anda melihat maslah itu hanya sebagai cabaran dan peluang untuk anda ke depan, anda akan cari jalan untuk melepasinya. Jika anda lepas cabaran itu maka di belakangnya ada satu kejayaan untuk anda".

Maka benarlah kata guru saya itu. Saya memilih untuk jadi KAYA! Saya mula berfikir cara orang kaya. Saya mula bertindak cara orang kaya. Hasilnya kini saya dapat income macam orang kaya. Setiap hari saya dapat komisyen/bonus antara RM200 hingga RM6000 sehari. Gaji sebulan saya suatu masa dulu sama seperti income harian saya hari ini. Income sebulan saya hari ini sama seperti gaji saya setahun suatu masa dulu. Masyaallah hebat sungguh balasan Tuhan kepada hambanya yang sanggup berubah dan bersungguh2. Hari ini menjadi satu amanah kepada diri saya untuk berkongsi jalan kepada semua kenalan saya agar mereka semua bersama saya menuju kejayaan! Insyaallah.
.

Kebebasan Kewangan : By Nor Zahrah binti Kemon

3 sebab yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan.

Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapisebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untukmencapai bebas kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.

Ya betul... semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dankekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.
Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan. Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang. Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik. Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang!

Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.

Ya.. setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan. Saya busy lah... Saya tak ada masa lah... Saya takde kemahiran lah... Saya takde duit lah... dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, "Orang buat duit, kita buat alasan" setiap alasan logik2 belaka.. yer lah, nama pun alasan...
Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun... Buat tak endah, tak risau.. buat rileks jer... Tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.

Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata,"sediakan payung sebelum hujan". Sedarilah... memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.

Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight! mampukah anda...? Jadi, mulakan awal.. seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?

Sebab ketiga: Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA!

Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati... "Alahh.. tak perlu lah buat betul-betul... kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer.. so tak pressure sangat"

Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.

Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL... Mungkin pernah gagal dalam perniagaan... Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang... Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama ! Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan.

Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi... demi matlamat yang harus di capai.