BILA DAH JOIN, APA PERLU SAYA BUAT?



TAHNIAH kerana memilih bisnes ini. Soalan seterusnya. Bila dah join apa yang perlu saya buat. How to S.T.A.R.T ? Terima kasih untuk yang bertanya... Baiklah! saya akan jawab di sini supaya semua orang boleh tahu dan tiru. Follow the system. Kita kupas perkataan S.T.A.R.T...

S - Starter order - bermaksud modal permulaan anda. Tak kisahlah pakej mana anda pilih. Paling penting anda join. Maka anda sudah layak untuk menjana pendapatan anda. Lakukan step kedua pula iaitu...


T - Top '20' List / Tabung prospek - untuk memudahkan perjalanan bisnes anda, sila senaraikan 100 ke 500 nama, lokasi dan no hp kenalan2 anda. Dalam bisnes atau apa saja pekerjaan jika kita rancang dengan teliti maka ia akan jadi mudah. Tujuan kita senaraikan list prospek ini adalah untuk memudahkan kita mengenalpasti 20 sasaran terbaik kita untuk ditawarkan sebagai bisnes partner kita. Sudah pasti kita tak mahu sebarangan orang jadi bisnes partner kita. Kita nak yang terbaik. Dari 20 yang terbaik itu kita hanya perlukan 2 orang saja. Jika kita sharing peluang ni dengan 20 orang sudah tentu 2 orang akan join. Teori kebarangkalian 10%.

A - Activities - bila dah ada prospek list mudahlah untuk kita lakukan aktiviti, menggunakan formula 4'S iaitu
----- Sharing (berkongsi cerita), kerja kita sharing jer, itulah marketing, kongsi info kelebihan join bisnes ni dan kehebatan produk
----- Sponsoring /selling (menaja/menjual), sponsoring atau rekrut mereka yang minat jadi ahli/ tambah pendapatan, dan selling kepada mereka yang tak minat buat bisnes tapi nak guna produk, ingat mesti sharing peluang dulu, jika dia tak nak join baru jual produk sebagai sinambungan untuk sponsoring back (menaja kembali), opportunity first, product follow..
----- Servicing (bantuan khidmat/follow-up), jika mereka join ahli bantu/ajar mereka bagaimana nak dapatkan rakan niaga, follow S.T.A.R.T ni. Ajarkan bagaimana cara berkongsi dan close new member.. jika mereka hanya guna produk, follow up kesan penggunaan produk, kadang2 mereka yang terkena tindak balas produk akan rasa takut, sokongan anda diperlukan ketika itu, untuk cool kan customer supaya terus pakai, follow up juga penting agar mereka yang berpuas hati dengan produk boleh kita close semula sebagai ejen/ ahli pula. Telefon selepas 3 hari mereka guna poduk..
----- Schooling (belajar), ramai orang bagi alasan, tak pandai nak cerita, tak pandai cakap, itulah, inilah, macam2, jadi untuk pandai kenalah belajar, jika anda cepat belajar maka anda akan cepat berjaya, belajarlah dengan mentor anda, buku2, video dan sebagainya. Belajar melalui pengalaman lagi bagus, bertindak akan bagi anda ilmu baru. Anda boleh belajar di meeting mingguan, seminar kepimpinan bulanan, advance leadership seminar, rally penganugerahan, dan macam2 cara jika kita nak berjaya...

R - Review and planning - Gambarkan impian anda dan rancang bagaimana nak dapatkannya. Setelah melakukan aktiviti, kita akan nampak di mana kekurangan dan kelebihan. Post mortem balik kenapa jadi begitu. Yang baik kita ambil sebagai pendorong, yang tak baik kita ambil sebagai pengalaman, seeloknya buat perancangan dengan upline mentor anda supaya lebih nampak jelas perjalanan anda, mentor anda sudah tentu berpengalaman dalam setiap aktiviti yang berlaku kepada anda, review balik dan plan balik ikut semasa...

T - Target & Tool - pastikan anda ada target untuk anda tuju. Target atau matlamat ini penting agar perjalanan anda lebih berarah. Jika tidak anda akan buang masa anda. Target juga akan membantu membina momentum anda dalam bisnes ini. Tool pula adalah bahan dan alatan sokongan untuk memudahkan anda menjalankan bisnes, misalnya proposal, bisnes kad, gambar2 produk atau buku produk, borang ahli, majalah, keratan akhbar, contoh statement income dan lain2 lagi yang anda sesuai...

Jadi jika ditanya apa anda perlu buat lepas join inilah perkaranya... Jangan lupa kita nak 2 orang rakan niaga bawah kita, kita nak duplikasi system atau formula setiap orang cari dua orang... maka jika anda buat START ini pasti kerja anda untuk mendapatkan dua orang akan menjadi lebih mudah. Jadi follow the system... insyaallah kejayaan pasti di tangan anda!

Sebarang pertanyaan boleh inbox terus kepada saya...