PERANCANGAN UNTUK BERJAYA SEBAGAI SEORANG USAHAWAN

Ramai inginkan kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Tapi tak ramai yang merancang untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini itu. Ramai motivator berpendapat bahawa "jika anda gagal merancang, anda sebenarnya sedang merancang untuk gagal". Oleh itu anda patut terima kegagalan itu kerana anda sememangnya sedang merancang untuk gagal. Bagi anda yang tidak mahu gagal sudah semestinya anda telah merancang perjalanan menuju kejayaan anda. Di sini saya kongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada untuk merancang ke arah menjadi seorang usahawan yang hebat!

BINA DIRI

Ramai orang ingin jadi seorang usahawan yang berjaya tetapi imej dan sikap tak nampak pun macam seorang usahawan yang nak berjaya. Kita kena ingat produk pertama yang kita akan jual adalah diri kita. Pandangan pertama prospek akan menentukan sama ada dia akan jadi pelanggan kita atau tidak. Jadi ingat persediaan awal adalah bina diri kita terlebih dahulu. Perkara mudah yang boleh kita buat tapi tak mampu kita buat adalah nak bina imej sebagai seorang usahawan sejati. Contohnya berapa orang yang sanggup pakai seluar slack, baju kemeja dan bertali leher. Ini adalah imej usahawan berjaya. Nak berjaya tiru jer bagaimana usahawan2 berjaya pakai. Selain itu berapa orang yang sanggup pupuk sikap seperti usahawan teragung dunia ini iaitu Nabi Muhammad SAW. Sikap baginda adalah sikap yang terbaik di dunia iaitu Sidiq (benar), Amanah (amanah), Tabliq (penyampai) dan Fathonah (bijak). Nak berjaya ikut dan tiru (senang jer) orang yang berjaya, nak gagal ikut dan tiru orang gagal.

SET MATLAMAT ANDA

Matlamat adalah sama dengan destinasi yang anda hendak tuju. Jika anda tidak mempunyai destinasi yang hendak anda pergi sudah tentu anda akan sesat di tengah jalan. Pada kebiasaannya matlamat atau impian anda mestilah jelas dan boleh diukur. Bukannya sesuatu yang global. Contohnya matlamat saya nak berjaya. Berjaya yang macamana? terlalu umum dan sukar untuk kita capai. Matlamat biar nampak dan jelas contoh saya nak income RM5000 dan ke atas sebulan bermula 3 bulan dari sekarang. Start bulan Jun ni income saya RM5000 dan ke atas setiap bulan. Contoh lain, matlamat saya adalah saya akan memiliki sebuah kereta ESTIMA 3.0 warna hitam enam bulan dari sekarang iaitu pada 1/9/2015 ini. Wah siap ada tarikh lagi! Lagi jelas matlamat kita maka lagi mudah untuk kita capai.

RANCANG STRATEGI

Dalam peperangan atau pertandingan, strategi memainkan peranan penting untuk sesebuah pasukan atau individu itu menang. Jika tidak anda mungkin akan keletihan kerana tindakan anda akan menjadi membabi buta. Kadang2 kita tengok orang lain mudah saja mendapatkan sesuatu tapi kenapa kita susah. Ini kerana kita tak merancang strategi. Contohnya jika anda sudah ada matlamat, anda perlu tahu bagaimana nak mendapatkan matlamat anda itu. Ingat kembali cerita sang kancil dengan buaya bagaimana sang kancil menyusun buaya untuk dia sampai hujung sungai mendapatkan rambutan. Itu adalah strategi. Dalam mana2 bisnes biasanya strategi sudah tersedia hanya tunggu untuk diselaraskan dengan impian anda saja lagi. Ibarat kata pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Segalanya terletak pada anda. Nak berjaya ikut cara orang berjaya. Nak gagal dengar nasihat orang gagal.

DAPATKAN SEORANG MENTOR

Mentor adalah sebagai jurulatih dan orang yang akan mengawal anda jika anda terlari sasar. Mentor penting kerana kita tak dapat melihat diri kita tapi orang lain boleh lihat. Mentor biarlah orang yang ada kaitan dengan line anda. Biarlah orang yang dah berjaya, lebih bagus. Jangan tersalah pilih mentor nanti sesat. Mentor biarlah seorang jangan ramai nanti jadi macam kapal banyak nakhoda. Last2 tercabut stering. Bila ada mentor kenalah ikut cakap mentor. Tak guna lantik mentor tapi tak mahu ikut nasihat mentor. Nak berjaya ikut nasihat orang berjaya. Nak gagal dengar nasihat orang gagal.

GUNA KELEBIHAN DIRI SENDIRI

Ramai orang ada kelebihan diri tapi tak mahu gunakannya. Ada yang pandai berpidato tapi takut nak bercakap dengan orang. Ada orang kawan ramai tetapi bimbang nak kongsi peluang dengan kawan2. Ada orang pandai melukis tapi malas nak buat fliers. Masing2 ada kelebihan diri jadi gunakanlah untuk membantu diri anda dalam menjayakan bisnes anda. Anda lagi tahu apa kelebihan anda. Fikirkan apa 2, 3, 4 kehebatan dan cuba sesuaikan untuk bisnes anda. Contohnya dulu miskin sekarang dah senang sikit jadi kongsilah pengalaman itu kepada orang lain. Anda hebat dalam fotografi... sesuaikan... anda kawan ramai... sesuaikan... anda hebat dalam lakonan... sesuaikan... anda hebat dalam muzik... sesuaikan.... anda hebat dalam pentadbiran dan pengurusan... sesuaikan... bermacam2... anda guru plkn,

PERCAYA, YAKIN DAN BERTINDAK

Akhir sekali anda mesti percaya dan yakin dengan apa yang anda rancang, percaya dan yakin dengan apa yang anda buat, percaya dan yakin anda akan capai matlamat anda, mestilah disertai dengan tindakan. Anda hebat, mentor anda hebat, perancangan anda hebat, matlamat anda jelas tapi jika anda tidak bertindak sudah tentu apa pun anda tak kan dapat. Jadi ingatlah pesan saya... percaya + yakin + tindakan = hasil... sukses!
.