JIKA FIKIR SENANG MAKA JADI SENANG! JIKA FIKIR SUSAH MAKA JADI SUSAH!

Satu perkongsian yang boleh diaplikasikan dalam bisnes dan juga dalam kehidupan harian. Benarlah kata mereka, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bagi mereka yang sudah lam hidup dalam masyarakat negatif akan turut jadi negatif dan jika mereka itu hidup dalam masyarakat positif mereka akan jadi positif. Buktinya apa bila keluarnya keputusan peperiksaan SPM atau STPM zaman kita sekolah dulu. Bagi yang belajar di sekolah biasa hanya ada beberapa orang sahaja yang akan dapat cemerlang tapi bagi sekolah2 asrama penuh pula hanya ada beberapa orang sahaja yang dapat tak elok. Inilah kuatnya pengaruh persekitaran kita. Ramai orang melihat kejayaan itu apabila ada pencapaian. Tapi tahukah anda bahawa nikmat yang sebenar adalah terletak pada prosesnya. Buktinya kita akan lebih ingat hari2 sekolah kita berbanding hari kita ambil result tu.

Berbalik kepada bisnes kita. Hari ini aku mendapat satu soalan killer dari seorang prospek yang bertanyakan tentang bisnes ini. Kemudian ditambah olehnya satu kenyataan "semua orang nak kaya tapi nak jual dan cari orang tu yang jadi masalah". Menarik kenyataan ini. SUSAH NAK CARI ORANG... dan TAK PANDAI MENJUAL.

MASALAH NAK CARI ORANG

Bila sebut pasal bisnes mesti kena ada orang. Contohnya ada tak orang yang nak buka kedai makan, dia pergi buka kat dalam hutan yang takda orang. Mesti takda kan. Dia mesti buka di tempat yang ada orang. Begitulah juga dengan bisnes2 yang lain mesti ada orang. Namun dalam bisnes ni anda tak perlu pun cari orang. Anda hanya perlu cari RAKAN NIAGA. Anda hanya perlu berjumpa orang yang anda kenal kemudian "sharing" tentang bisnes ni kepada mereka. Nyatakan apa keistimewaan yang mereka 'boleh dapat' jika mereka jadi ejen bersama anda. Jika mereka tak mahu, itu hak mereka. Anda berkongsi pula dengan kenalan anda yang lain. Mengikut kepada FAKTA setiap orang sekurang2nya mempunyai kenalan lebih 500 orang. Kalau anda tidak percaya anda lihat jika seseorang itu buat kenduri kawin berapa orang dia akan panggil datang ke kendurinya? Paling kurang pun 500 orang. Betul tak? Jika seorang dua tak mahu biarlah. Anda nak cari 2 ke 10 orang jer. Jika anda hanya dapat dua orang saja pun anda sudah ada potensi untuk menjana income mencecah RM20,000 sebulan dalam bisnes ni. Jadi kalau anda rasa nak cari 2 orang adalah masalah bagi anda, maka anda lupakanlah RM20,000 sebulan tu.

BAGAIMANA NAK CARI ORANG

Dulu saya juga adalah orang yang tak suka cari orang. Jadi saya sharing ja dengan siapa saja yang saya jumpa. Tapi bila saya tahu caranya, "saya dah tak cari orang lagi". Sekarang saya hanya cari rakan niaga saja. Saya buat list dan saya pilih siapa yang saya akan jumpa dan "OFFER" bisnes ni kat dia. Orang tu pula mestilah ada ciri2 yang saya nak. Takkan nak ambil orang sebarangan untuk jadi "Bisnes Partner" kot. Lu pikir lah sendiri kata nabil. Saya buat perancangan dengan teliti. Sebab tu bisnes saya grow dengan baik. Kesimpulannya takda benda yang susah sebenarnya dalam dunia ini. Kita yang buat benda tu jadi susah. Kita sendiri yang cipta "penjara" untuk diri kita. Jai jika anda fikir susah maka jadi susah lah. Jika anda fikir senang maka ia akan jadi senang.

MASALAH NAK JUAL BARANG

Jika kita fikir itu satu masalah maka ia akan jadi masalah lah kepada kita. Dalam dunia ini siapa yang tak pernah menjual. Semua orang membuat jualan setiap hari. Setiap hari kita jual cerita "aku tak tahu menjual" dan peliknya sampai hari ini orang percaya bahawa kita tak tahu menjual. Hebat sungguh cara kita jual cerita kita tu. Paling pelik apabila saya berjumpa dengan seorang sale girl di salah sebuah supermarket. Dia juga kata dia tak tahu menjual. Aduh! Pening saya dengan alasannya itu. Hukum Tuhan mengatakan jika kita selalu mendoakan suatu perkara itu, maka akhirnya Dia akan bagi juga kepada kita. Dan setiap hari kita doa "aku tak tahu jual" maka akhirnya termakbul juga doa kita tu... baru padan dengan muka kita. Jangan fokus masalah tak tahu menjual tapi fikirlah bagaimana nak gerakkan barang anda itu. Anggaplah seperti anda makan gaji dengan orang, mesti anda boleh jual sebab anda kerja dengan orang.

BAGAIMANA NAK JUAL

Mudah saja sebenarnya. Kalau anda rasa anda orang yang sangat lemah dalam jualan. Maka JANGAN JUAL. Jadikan barang anda itu sebagai 'tool' atau alat untuk anda tunjukkan kepada orang sahaja. Setiap kali anda jumpa orang anda jadilah tukang cerita manfaat dan kegunaan barang tu kepada prospek anda. Belajar guna kaedah "create masalah" kemudian "cadangkan penyelesaiannya". Contohnya, ceritakan info "apa kesan oksidan terhadap kesihatan kita", setiap hari kita duduk dengan orang merokok, setiap hari kita makan buah dan sayur yang diracun, setiap hari kita guna alat make up berkimia bla bla bla... dan ceritakan apa kesannya pada tubuh badan manusia... penyakit yang bakal dihidapi... dan lain2. Kemudian cadangkan cara penyelesaian kepada dia... just sharing info... dan tunjuk lah barang anda. Itulah tugas seorang doktor, itulah tugas seorang penjual insuran, itulah tugas seorang mekanik... dan lain2. Mereka sharing info kemudian mereka selesaikan masalah... ITU LAH BISNES... Kesimpulannya jangan jual tetapi cerita saja, jika mereka nak anda buatlah sitem pertukaran barang dengan duit...

Satu kaedah lagi anda boleh guna cara lagi mudah iaitu dengan mengdarkan risalah, flier, poster dan lain2 iklan lagi... ini kaedah pembeli cari penjual. Mereka yang nak beli akan call anda... mudahkan? Jika anda fikir mudah maka segala kerja jadi mudah. Ingat tu... Akhir sekali untuk pengetahuan anda juga, dengan jualan ini juga kadang2 membantu anda untuk mendapatkan ejen baru dalam rangkaian anda yang seterusnya akan menjadi bisnes partner anda...

JIKA DIBERI PILIHAN, MANA PILIHAN ANDA? NAK KAYA atau NAK MISKIN? 
(Mesti jawapan nya nak kaya!)

Kata guru saya, "kalau awak nak kaya, awak mesti buat begini..." dan "jika awak nak susah awak buat begitu..."

Saya tanya dia balik, "begini tu bagaimana?"

Katanya "kalau awak nak kaya, awak mesti buat cara mana mereka kaya buat. Hukum pembalasan sudah ada jika awak rajin awak akan dapat hasil yang banyak, maka awak akan jadi kaya. Begitu juga sebaliknya, jika awak malas lawannya awak kurang dapat hasil, silap2 tak dapat langsung, maka anda akan jadi miskin".
"jadi awak buatlah pilihan awak, jika anda lihat masalah itu sebagai halangan untuk anda, maka anda akan berhenti di situ, dan berpatah balik saja tanpa sebarang perubahan dalam hidup anda. Tetapi jika anda melihat maslah itu hanya sebagai cabaran dan peluang untuk anda ke depan, anda akan cari jalan untuk melepasinya. Jika anda lepas cabaran itu maka di belakangnya ada satu kejayaan untuk anda".

Maka benarlah kata guru saya itu. Saya memilih untuk jadi KAYA! Saya mula berfikir cara orang kaya. Saya mula bertindak cara orang kaya. Hasilnya kini saya dapat income macam orang kaya. Setiap hari saya dapat komisyen/bonus antara RM200 hingga RM6000 sehari. Gaji sebulan saya suatu masa dulu sama seperti income harian saya hari ini. Income sebulan saya hari ini sama seperti gaji saya setahun suatu masa dulu. Masyaallah hebat sungguh balasan Tuhan kepada hambanya yang sanggup berubah dan bersungguh2. Hari ini menjadi satu amanah kepada diri saya untuk berkongsi jalan kepada semua kenalan saya agar mereka semua bersama saya menuju kejayaan! Insyaallah.
.