ELAKKAN FIKIRAN NEGATIF



Alhamdulillah! Hari ini bila buka balik koleksi buku aku. Aku jumpa satu makanan untuk minda aku. Habis baca aku rasa sedikit tenang dan seronok jalankan tugas aku. Aku kongsikan untuk anda semua. Semoga berguna untuk semua ke arah yang lebih gemilang. Love them anyway, who ever they are, what ever they do. Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu. Apa kita fikir, kita lihat. Apa kita fikir, kita buat. Apa kita fikir, itulah KITA. Love ASRI
________________________________________________

 ELAKKAN FIKIRAN NEGATIF

OLEH: SHUEQRY

Elakkan perkara-perkara berikut supaya Anda tak dijangkiti penyakit fikiran negatif.

1. Elak bercakap pasal hal orang lain.

Dah banyak kali saya ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia selalu berlaku di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka. Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda Anda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2. Menyimpan dendam lama-lama.

Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.

3. Jadi terlalu sensitif.

Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika Anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan diri Anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam.

Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda akan sentiasa bermasalah selagi Anda masih tak mahu berubah.

"Pecahkan rekod terbaik diri. Tukarkan masalah kepada peluang"