NO CBEG



APA ITU CBEG ?

C... Complain
B... Blaim
E... Excuses
G... Gossip

Apa yang kita dapat jika asyik menyalahkan orang lain? Kita tak berjaya upline yang tak tolong? Bisnes kita tak jadi kerana upline kita teruk? Network kita tak kembang kerana downline kita mati? Kita gagal kerana downline yang tak nak bergerak? Kita tak naik kerana group kita tak inovatif? Bonus kita kecik kerana semua orang dah buat bisnes ni? Bonus kita kecut kerana semua orang dah join? Orang tak nak masuk kerana strategi kita tak betul? Orang tak nak beli kerana produk kita mahal? Berhentilah menyalahkan orang.
Ingat, satu jari menuding kepada orang lain, 4 jari lagi menuding kepada diri kita sendiri. Tak lain yang kita dapat kecuali merosakkan nama baik kita sendiri. Bergeraklah. Bertindaklah.

NO CBEG - NO THINK MONEY ONLY

Keluar dari kepompong negatif. Masuk kepada kepompong positif. Jom kita banyakkan sembang pasal peluang. Kita sibukkan dengan busines busines busines. Kita sibukkan bercakap pasal B.O.P. Kita sibukkan pasal kehebatan produk. Kita sibuk pasal dana dan modal. Kita sibukkan pasal seminar memajukan diri. Kita sibukkan cari prospek baru. Kita sibukkan bercakap tentang siapa yang akan naik bulan ini. Kita fokus kembali kepada panglima2 kita ... di mana mereka?

Kita sibukkan tentang membina group kita satu Malaysia di Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, K.Lumpur, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Malah Brunei, Thai dan Singapura. Baru POWER!

Jom jom jom! kita cipta kejayaan baru. Kita bawa sinar baru. Kita cerita tentang harapan baru. Kita buka cerita baru. Kita buka tirai baru. Kita hamparkan DIMENSI BARU.

I LOVE MY LIFE. I LOVE MY FAMILY. AND I LOVE ALL ALL OF YOU