AKU DAN KENANGAN

Suatu hari bila balik rumah tengok isteriku tersepuk tidur seorang diri. Masyaallah apa yang telah aku lakukan. Dulu isteriku hidup dalam istana penuh kemewahan. Tapi sejak berkahwin denganku hidupnya derita sebegini. Ketika berjaga segala duka dapat dia sembunyikan. Tapi apabila matanya pejam segala kesengsaraan terpancar di wajahnya. Dalam tak sedar air mataku mengalir perlahan. Ternyata aku perlu cipta kejayaan untuk keluarga kami. Ya Allah ampunkan aku. Ya Allah Engkau permudahkanlah urusanku. Inilah hal kehidupan sebenar aku sebelum aku berjaya dalam perniagaan ini. Isterilah alasan aku kenapa aku mesti berjaya.

Maka benarlah kata orang. Kita mempunyai 1001 alasan untuk menggagalkan kita. Tapi kita hanya perlu satu sahaja alasan untuk berjaya. Malam itu juga aku tak boleh melelapkan mata. Aku buat perancangan awal. Aku mesti dapatkan pendapatan sekurang2nya rm500 seminggu untuk mengurangkan beban keluarga kami. Biar apa pun orang nak cakap lepas ni aku mesti dapatkan target aku ini. Aku rancang strategi bagaimana nak dapatkan rm500 seminggu. Ahhh mudah sangat sebenarnya. Kenapa aku tak sedar sebelum ini. Mungkin kerana aku tak fokus bahawa sebenarnya untuk mendapatkan rm500 seminggu hanya sesuatu yang sangat mudah. Aku hanya perlu menaja (rekrut) sekurang2nya 2 orang yang ambil R7pack sahaja seminggu, maka aku akan dapat rm500 lebih seminggu. Inilah dikatakan sebagai "kesedaran sebelum berubah". Kita hanya akan berubah hidup kita apabila kita mula sedar diri.

Aku mahu isteriku hidup lebih senang dari kehidupan asalnya. Malah azamku suatu hari nanti aku nak dia duduk saja di rumah menjaga zuriat2ku. Insyaalllah Tuhan itu maha pengasih dan maha penyayang. Dia pasti membantu umatnyaNya yang mahu berubah. Aku berdoa siang dan malam untuk mencapai impian aku itu. Tapi doa sahaja tak cukup perlu disertakan dengan usaha juga. Jika hanya berdoa, duit takkan turun dari langit. Perlu usaha dan usaha. Penuh istiqomah (usaha berterusan sampai dapat). Akhirnya aku bertawakal kepada Allah. Ingat untuk dapatkankan duit, jangan lupa Doa + Usaha + Istiqomah + Tawakal = D.U.I.T

Alhamdulillah! Dalam masa 3 bulan iaitu pada bulan 10, 11, 12 /2007 aku berjaya mengembangkan network ku mencecah 100 orang. Income aku mula melonjak rm9000 sebulan. Masyaallah sekali lagi keajaiban berlaku. Maka benarlah bisnes ini memang power. Aku target rm500 saja seminggu tapi jadi rm9000 sebulan. Alhamdulillah syukur. Pada bulan 2/2008 income aku meningkat lagi jadi hampir rm12,000 sebulan. Ibarat macam mimpi. Aku tak percaya dalam keadaan aku tak pandai buat bisnes pun aku sudah boleh income 5 angka. Aku tak percaya..... dalam usia 30 tahun aku sudah memegang pendapatan 5 angka sebulan. Allahuakbar!

Kejayaan ini aku kongsikan dengan isteriku yang selalu memberi semangat kepadaku. Aku hadiahkan dia sebuah rumah dua tingkat (yang aku duduk sekarang ini) sebagai tanda terima kasihku di atas kepercayaan dan sokongan yang dia berikan. Kemudian tak lama dari tu aku pendekkan cerita aku hadiahkan pula Merc E240 untuk diriku pula. Inilah yang aku cuba katakan. Jika anda mempunyai sebab kenapa anda perlu berjaya dan anda sedar diri maka anda akan berjaya. Percayalah...! Sejak itu isteri menjadi peneman aku setiap masa dalam bisnes ini. Ingatlah kejatuhan seorang lelaki adalah kerana seorang pompuan dan kejayaan seorang lelaki juga adalah kerana seorang perempuan. Pandai2lah kita membuat pilihan, perempuan yang mana kita nak, yang menjatuhkan atau yang menjayakan sebagai pembantu, teman, penasihat dan tulang belakang dalam perniagaan kita.

Biarlah orang nak kata, ahhh.. kalau perempuan masuk campur dalam bisnes, mesti susah. Bodohlah orang yang berkata begitu. Sebenarnya lebih baik kalau perempuan masuk campur tangan dalam bisnes baru kita mudah nampak bisnes kita. Aku berjaya kerana di belakang aku ada isteriku. Selalu mengingatkan ku apabila aku tersasar fokus. Hanya manusia yang cemburu dan dengki sahaja akan berkata begitu. Buktinya sudah ada apabila ada rakan2 niagaku yang berkata begitu. Mereka mengatakan isteriku mengganggu bisnes aku. Minta maaf dia bukan mengganggu tapi dia yang membantu aku agar tidak jadi seperti mereka itu. Paling teruk lagi yang berkata begitu pun sering mengepit isteri ke mana saja dia pergi. Cerminlah diri dulu sebelum berkata begitu. Jadi biarlah si luncai itu dengan labu2nya.

Mungkin ada juga mereka yang menjadikan anak2 sebagai sebab mereka perlu berjaya. Ada seorang rakan niagaku menangis teresak2 apabila mengenangkan nasib masa depan anaknya. Dia yang aku anggap sebagai adik tak mahu anaknya derita seperi dia. Itu sebabnya dia perlu berjaya. Selama 24 tahun dia hidup dalam pondok usang. Belajar hanya setakat tingkatan 3 dan hanya mampu bekerja sebagai orang suruhan di kilang dengan gaji tak sampai rm800 sebulan. Dia tak mahu anaknya terkandas pelajaran sepertinya. Tak mahu anaknya hidup dalam pondok usang sepertinya. Berteduh di bawah bumbung yang bocor ketika hujan. Tak mahu anaknya memakai pakaian buruk tak seperti anak2 orang lain. Maka sebab itu dia berubah.

Sesungguhnya kita perlu berjaya untuk membalas jasa baik ibu dan ayah kita. Ramai anak2 lupa tangjawab mereka kerana kesempitan kewangan. Allahuakbar sedih aku melihat sesetengah kawan2ku masih lagi "pow" duit mak bapa mereka. Sepatutnya mereka yang memberi kepada orang tua mereka tapi mereka pula yang meminta. Sedangkan umur sudah dewasa. Kenapa jadi begini. Kerana mereka tak jadikan tanggungjawab kepada orang tua (ibubapa) sebagai alasan untuk mereka mesti berjaya. Dulu aku pun sama (masa jahiliah) sehinggalah aku sedar aku perlu berubah. Aku teringin nak bagi duit bulanan untuk ibuku seperti mana ibu memberikan aku duit bulanan semasa aku belajar dulu. Seronok bila tengok ada seorang kawan aku tiap bulan bagi mak dia rm1000. Bawa mak dia pergi supermarket dan bayar apa saja mak dia nak beli. Masyaallah sejuk perut mak mengandung.

Jadi berfikirlah sejenak. Apakah alasan anda untuk berjaya. Henti2kanlah memberi alasan untuk jadi gagal. Takda modal, takda masa, tak pandai cakap, tak minat dan sebagainya. Kerja sekarang ni minat kah. Minat dah duduk nombor 2017 dah... nombor satu paling penting adalah income... ramai orang yang bekerja makan gaji hari ini sebab nak gaji... bukan sebab minat... tapi gaji tu berbaloi tak... boleh bagi mak ayah sebulan rm1000 tak... tapi masih juga pergi kerja kan... Buatlah keputusan terbaik untuk diri anda. Takda modal boleh cari. Takda masa boleh atur. Tak pandai cakap boleh belajar... semua penyakit ada ubatnya. Jangan otak kita sakit ja, tak guna. Sekurangnya, fikirlah untuk keluarga anda, berjayalah demi kesenangan mereka... untuk isteri anda, anak2 anda, ibu bapa anda dan sesiap saja yang anda sayangi.

Bagi kawan2 yang sudah buat keputusan bersama dalam bisnes ni buatlah betul2. Set matlamat anda, rancang strategi dan bertindaklah sepantas yang mungkin. Setiap perkara yang pantas dan laju pasti menyeronokkan. Buta jadual anda hari ini juga. Berkongsilah peluang bisnes/produk kepada kenalan anda setiap hari. Rekrut 2 ahli baru setiap minggu dan duplikasikan tindakan anda kepada rakan2 niaga yang lain. Nikmati pendapatan mencecah rm10,000 ke m20,000 sebulan menjelang 6 bulan ke 12 bulan akan datang...

Insyaallah! Marilah bersama kita menuju kejayaan!
.