MENYEDIAKAN DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG CEMERLANG




MENYEDIAKAN DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG CEMERLANG

1. MEMPUNYAI KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI
- Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang
- Perlu yakin dan berani, “Anda boleh sebab anda berani”

2. MEMILIKI SIFAT PENYABAR

- Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya.
- Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.

3. MEMPERUNTUKAN MASA

- Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.
- Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.

4. MEMPUNYAI KEMAHUAN

- Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.

5. BEKERJA DENGAN BIJAK

- Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya.
- Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!
 
6. MEMBINA IMEJ PROFESIONAL
- Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna
 
7. BERSEDIA UNTUK MENYUKAI ORANG
- Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda.
- Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.
 
8. MENJADI PERAMAH DAN CEPAT MESRA
- Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut
- Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.
 
9. BERSEDIA UNTUK BELAJAR DAN MENGAJAR
- Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran.
- Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda.
- Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.
 
10. MENYEDIAKAN BAHAN ASAS
- Sebagai bahan sokongan presentasi
- Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:
- TELINGA - Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada.
- MATA - Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan
- RASA - Sediakan sampel produk yang boleh dirasa oleh bakal prospek atau pengguna. Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran.
 
SELAMAT BERJAYA! Kata guru saya, dalam perniagaan ini semua orang boleh berjaya dengan syarat mereka tidak berhenti meneruskan perjalanan mereka (atau lompat2 kompeni). Jika mereka berhenti mereka bukan gagal tetapi mereka cuma "tak sempat" berjaya!