SEDAPNYA TOMYAM

Mmm... tiba2 teringat betapa sedapnya tomyam kat kedai si polan bin si polan tu. Bila sesuatu yang sedap kita makan, pasti kita akan ceritakan pula kepada orang lain. Kita ceritakan segala kepuasan yang kita nikmati itu. Itulah bisnes.. Ramai menganggap diri sendiri tak pandai buat bisnes. Tapi hakikatnya setiap hari kita buat bisnes. Kita bercerita kepada orang setiap hari tentang sesuatu nikmat yang telah kita perolehi. Kita jual iklan (info) kepada orang lain tanpa kita sedari. Iklan free... walaupun kita tidak dibayar satu sen pun oleh tuan kedai tomyam itu. Malah tomyam yang kita makan tu pun kita kena bayar sendiri.

Begitu juga dalam bisnes ni. Kita sebenarnya tak perlu pun fikir susah2. Kerja kita jual info. Cerita kenikmatan yang kita telah dapat atau bakal dapat dalam bisnes ni. Kita ceritakan manfaat sebagai seorang ejen. Kita ceritakan manfaat poduk kepada rakan kita. Benda yang baik kenapa kita takut nak ceritakan kepada orang. Benda yang baik kenapa kita takut nak ajak kawan2 kita bersama. Sedangkan benda tak baik, mencuri masa kerja, karaoke, menipu mak ayah, dan berbagai2 lagi kegiatan makksiat kita ajak kawan2 kita, kita tak takut pun. Kata kunci dalam bisnes sangat mudah, setiap perkara yang kita cerita atau kongsikan pasti ada manfaat baik untuk kita iaitu UPAH.

Berbalik pada cerita tomyam yang sedap itu. Saja2 bila memikirkan tentang kesedapan dan kenikmatan tomyam itu, saya cuba kupaskan beberapa perkara. Tomyam itu mungkin tak sedap jika tak ada daun limau. Kemungkinan juga kita takkan makan daun limau itu jika tidak dijadikan tomyam. Mmm.. sekarang saya dapat katakan, walaupun diri kita bagus (daun limau) namun kita takkan jadi bagus tanpa KOMBINASI iaitu bergabung dengan lain2 bahan dalam tomyam itu. Bahan2 lain juga mungkin takkan jadi sedap jika dimasak sendirian begitu saja. Kalau tak percaya cuba ambil daun serai kemudian rebus dan makan. Adakah sedap rasanya? Sudah tentu tidak.

Saya kaitkan dalam bisnes kita hari ini. Setiap manusia itu lahir sebagai seorang juara di muka bumi ini selepas mengalahkan berjuta sperma yang lain. Maka anda sudah tentu hebat. Namun kehebatan itu takkan nampak jika kita hanya duduk seorang diri, bertindak seorang diri. Nak jadi hebat mesti ada gabungan dengan manusia2 lain. Contohnya kehebatan itu hanya berlaku apabila anda jadi seperti tomyam tadi. Misalnya apabila saya tubuhkan satu pasukan marketing atas nama STRIKERS maka kehebatan berlaku. Orang tidak lagi menyebut nama individu tetapi kehebatan itu adalah STRIKERS. Jika individu yang hebat itu keluar dari kumpulan itu, maka jadilah kehebatan itu setakat individu sahaja. Ibarat serai yang hebat tadi bila keluar dari tomyam maka kesedapan nya sudah tidak dirasai lagi.

Kesimpulan dari penceritaan atau kupasan saya tadi, kita mesti selalu berada dalam fasa sedar kerana diri kita yang hebat ini takkan nampak hebat jika kita tidak bergabung dengan orang lain. Ibarat tomyam. Walaupun yang sedap itu namanya tomyam tapi semua yang menjadikan tomyam itu patut berbangga. Walaupun yang hebat itu adalah STRIKERS, kita patut rasa bangga kerana kitalah STRIKERS itu. Kita ada sumbangan ke atas pasukan itu. Walaupun sumbangan itu hanya sebesar mempromosikan nama STRIKERS dalam FB sahaja.

Gambaran lain yang saya boleh katakan adalah apabila PAHANG memenang bola sepak tempohari, orang akan cakap PAHANG yang menang bukan penjaring itu saja yang menang. Semua memainkan peranan yang membolehkan penjaring itu membuat goal.

JOM kita pecahkan rekod terbaik kita! Anda HEBAT.. Kita HEBAT.. Semua HEBAT.. We Are STRIKERS, We Are FAMILY, We Are STRIKERS FAMILY!

"jika anda ambil perkongsian ini sebagai negatif maka ia akan jadi racun untuk anda. TAPI jika anda ambil ia sebagai positif maka ia akan jadi penawar dan vitamin untuk anda".
.