IMPIAN BOLEH MENJADI KENYATAAN!

Sejak kanak2 lagi kita sudah mempunyai impian kita yang tersendiri. Sudahkah impian anda itu dicapai. Jika sudah, jangan berhenti untuk menetapkan impian yang baru yang lebih besar kerana ia akan menjadikan hidup kita lebih indah dan bermakna. Bagi yang belum mencapai impian anda izinkan saya menghidupkan kembali impian anda itu. Tanya pada diri kita. Apa yang kita impikan dalam hidup kita hari ini. Adakah kita inginkan pendapatan 5 angka setiap bulan? Adakah kita impikan sebuah kereta mewah seperti BMW, Merc CLS, Mitsubishi Evo, Mazda RX8, Audi, Ferrari atau sebagainya? Adakah kita impikan sebuah rumah idaman, banglo atau sebagainya? Adakah kita impikan kebebasan bersama keluarga, dan membawa mereka melancong dalam dan luar negara? Jika anda mempunyai segala impian sebegini, tahniah saya ucapkan! Menurut satu falsafah inggeris mengatakan, mereka yang tidak berimpian atau selesa dengan kehidupan mereka hari ini samalah seperti seekor kera di dalam sangkar yang membiarkan hidupnya ditentukan oleh orang lain dan hidup selesa konon di dalam sangkarnya! Sebenarnya dia bukan selesa tetapi tidak mahu buka mindanya untuk ambil tahu ada tempat lebih indah di luar sana. Tahniah untuk anda!

INCOME RM 5 ANGKA BUKAN SATU KHAYALAN

Suatu masa dulu bila dengar orang cakap boleh dapat 5 angka sebulan saya hanya senyum sinis sahaja. Bagi saya itu tidak logik. Bagi saya income sebanyak itu hanya untuk bos bos di tempat saya bekerja sahaja. Kenapa saya jadi begitu? Saya tidak membenarkan minda saya "berfikir di luar otak". Namun selepas melihat kawan2 menikmati income 5 angka mereka, saya mula memberi peluang untuk diri saya mencuba peluang yang mereka bawa. Masyaallah! Besar sungguh nikmat Allah di muka bumi ini untuk mereka yang mahu berusaha. Hidup saya macam sebuah mimpi. Saya tak sangka saya kini mampu memiliki income RIBUAN RM sehari. Maka benarlah kata mereka income bulanan saya dahulu menjadi income harian saya hari ini. Income tahunan saya suatu masa dulu kini menjadi income bulanan saya sahaja. Syukur Alhamdulillah! Berkat berani membuat keputusan suatu masa dulu.

BILA ADA DUIT BOLEH BELI RUMAH SENDIRI

Mulanya saya berimpian untuk memiliki sebuah kereta mewah saya sendiri. Dah buat 'booking' pun. Namun semua berubah bila isteri terlalu teringin untuk miliki rumah sendiri. Pada ketika itu juga saya teringat kata seorang kawan, sampai bila nak hidup menyewa rumah orang. Kita bayar sewa kepada dia, dia bayar untuk bank loan rumah dia. Last2 dia dapat rumah, kita apa pun takda. Berkat perubahan pemikiran dan tindakan saya berjaya hadiahkan isteri sebuah rumah teres 2 tingkat kepadanya. Itu lah hadiah atas pengorbanan dia percaya pada pilihan saya. Bukan hanya senangkan diri sendiri. Impian mendapat income 5 angka turut tempias kepada mereka di sekeliling kita. Ini baru rumah pertama saya, atas nama isteri. Insyaallah jika diizinkan Nya saya akan bina pula sebuah RUMAH IDAMAN saya tidak berapa lama lagi. Saya akan terus meletakkan impian yang lebih besar kerana dengan itu saya akan lebih seronok untuk bekerja. Tak salahkan jika kita THINK BIG tetapi mesti disertakan dengan tindakan yang selari dengannya. Namun sebelum saya bina rumah idaman saya itu, saya mesti miliki kereta impian saya dulu. Itu yang menjadi semangat saya sebenarnya sejak mula berbisnes.

MERCEDES E240 PANORAMIC ROOF HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI

Allahuakhbar! Allah Maha Besar! Siapa sangka anak seorang pesawah, orang kampung, bekas kerani 'cabuk' kata orang, kini memandu sebuah kereta mewah milik sendiri. Bukan milik boss. Masyaallah! Inilah dikatakan "power of dream". Hanya dengan memasang impian, merancang strategi dan bertindak ikut nasihat mentor kini saya telah berjaya memiliki sebuah mesin yang menjadi kegilaan ramai orang. Berbalik kepada isu impian maka benarlah kata pakar2 motivasi, seseorang yang tidak berani untuk meletakkan impian takkan pernah merasa apa yang orang lain, yang berimpian, rasakan. Kenapa anda takut untuk memberitahu impian anda kepada orang lain? Jawapannya adalah anda takut anda gagal untuk mendapatkannya. Takut orang akan mengata anda. Takut kawan2 perli anda. Itulah yang bagus sebenarnya. Bila kawan mengata dan perli anda, anda akan jadi lebih agresif untuk mencapai impian anda itu. Mereka yang hanya mengata dan perli akan tetap begitu. Ambil peluang ini untuk menjayakan diri anda dan peluang untuk buktikan bahawa anda mampu miliki apa anda impikan. Ingat kata2 ini. Orang yang takut gagal akan hidup dalam gagal seumur hidupnya. Bagaimana nak berjaya kalau mereka tak pernah mencuba dan bertindak hingga berjaya.

BAWALAH KELUARGA ANDA MELANCONG KE LUAR NEGARA

Ini juga menjadi impian saya dari semasa ke semasa. Saya dilahirkan dalam keluarga miskin di sebuah kampung di utara tanah air. Ayah pula meninggal dunia ketika saya berusia 5 tahun. Saya dibesarkan oleh seorang nenek miskin. Tapi tak pernah menyesal walaupun saya dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Saya akan lebih menyesal jika saya tak mampu mengubah kemiskinan keluarga saya. Biar saya jadi generasi terakhir mewarisi kemiskinan turun temurun keluarga kami. Ketika saya kanak2, saya impikan suatu hari nanti saya akan bawa keluarga saya melancong ke luar negara setiap tahun. Saya sering cemburu melihat rakan2 sekolah saya yang kaya2 selalu melancong dalam dan luar negara setiap kali musim cuti sekolah. Tapi saya sedar keluarga saya bukan orang berada kerana itu saya letak impian saya ingin jadi orang kaya. Bagi anda anak2 orang kaya mungkin tidak ada perasaan ini. Namun bagi rakan2 yang senasib saya mungkin tahu nikmatnya jika kita jadi orang kaya. Ayuhlah jangan biarkan otak miskin menghantui kita. Sampai bila kita nak berfikir untuk jadi kuli. Mulai hari ini kita mesti menukar cara pemikiran kita. Kita boleh jadi boss. Kita boleh tentukan apa yang kita impikan. Dapat income berapa banyak kita impikan bukan setakat ditetapkan oleh majikan kita dan bercuti ikut masa kita sendiri. Rebutlah peluang untuk membawa anak2 dan keluarga anda melancong setiap tahun.